Monday 23 April 2012

Populariti Dunia atau Akhirat...

Assalamualaikum my little khalifah…~.^Y


Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk meneruskan perjalanan menjadi HAMBA.. Kali ni tergerak nak buat entry about 'POPULARITI'… :))

Recently makin banyak individu-individu yang makin meningkat naik dan jadi satu satu fenomena yang LUAR BIASA.. Alhamdulillah kebanyakannya mereka adalah individu yang menyebarkan dakwah secara berterusan dan mudah diterima ramai.  Antaranya ialah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal, Sham Kamikaze dan ramai lagi…

Alhamdulillah, penyampaian dakwah mereka bisa diterima ramai dan diikuti, tidak kiralah golongan remaja, tua, muda, kanak-kanak, mereka boleh menerimanya secara baik. Yang bagusnya mereka tidak langsung berbangga dengan POPULARITI mereka, malah mampu beramah mesra dengan masyarakat secara baik. Saya sendiri pernah mengikuti ceramah dari mereka..memang super coool sebab they know how to attract people… (amboi, speaking kemain..haha)

Itulah yang saya cuba saya sampaikan just now, kita kena kekalkan POPULARITI kita, samada di Dunia atau di Akhirat kelak. BOTH important!

Oppsss..tapi tapi tapi… tak semua orang yang tak femes bak diva di dunia ni tak femes di akhirat.

Cuba kita ingat balik kisah Uwais Al-Qarni dan Bilal bin Rabah. Tak payah nak tanya jiran sebelah ke, pak cik kedai runcit ke, cuba tanya diri kita sendiri, kalau ustaz ustazah tak cerita kat kita, kita tahu tak?? Confirm tak berapa nak tahu.. (huuu..kesian kat diri sendiri sebab kalau ustaz tak cerita mesti tak tahu.. T____T….)

Untuk pengetahuan semua, Uwais Al-Qarni ialah seorang tabiin, sezaman dengan Nabi s.a.w. tetapi tidak pernah bertemu dengan Nabi s.a.w. Namanya mungkin tidak begitu femes dikalangan penduduk dunia, tapi namanya amatla popular di kalangan penduduk langit. Sehinggakan Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada para sahabat, sekiranya dapat bertemu dengan Uwais, maka mintalah beliau mendoakan untuk mereka, kerana doanya makbul. MasyaAllah!^^,

Saidina Umar al-khattab sendiri, seorang sahabat Nabi s.a.w. yang sangat hebat, pernah meminta Uwais mendoakan untuk dirinya. Bukan calang-calang orang Uwais ini. Sehinggakan sahabat yang hebat seperti Umar pun merendahkan dirinya meminta Uwais berdoa untuknya. See.. Hebat kan.. SubhanaAllah.. :))

And another sahabat adalah Bilal bin Rabah, macam yang kta semua tahu, dia adalah salah seorang muazzin pada zaman Nabi SAW. Pernah sekali, tempat Bilal diganti oleh muazzin lain, para malaikat bertanya kepada nabi SAW, "Apakah tidak ada solat Subuh pada hari ini?.." . MasyaAllah, kerana keikhlasan Bilal yang hanya bermodalkan keimanan dan ketaqwaan pada Allah, hingga suaranya didengari oleh penduduk langit… :))

See, even kita tak femes di dunia, kita masih boleh jadi femes di akhirat kelak… apelagi, ayuh topup iman dan amal, servis akhlak, dan edit lah mana-mana yang kurang… InsyaAllah..

So, apa-apa pun, kita kenalah sentiasa jaga POPULARITI kita di dunia & insyaAllah di akhirat kelak.. Tapi jangan salah faham dgn statement saya ni, bukan saya suruh semua pakat jadi selebriti semata-mata nak dapat populariti. Yalah, memanglah, kalau kita nak tarik orang orang ikut, kita perlu jadi hebat di mata mereka.Bukan…tak semestinya begitu.maksud saya, kalau kita tak mampu jadi individu hebat dan super duper coolll di mata manusia, cukuplah kita menjadi super duper hebat di pandangan Allah… itu lebih penting.. :))

Saya petik kata-kata Ustaz Don Daniyal:

" Ikut Islam, patuh suruhan Allah dan Rasul. Jangan puja saya kerana saya manusia biasa. Mati esok, syurga belum tentu buat kita lagi. Sebagai saudara seIslam, apa yang boleh kita lakukan adalah saling ingat-mengingati. Saya berdakwah untuk berkongsi ilmu selain persiapan menjadi insan dan hambaNya yang lebih baik"….

Jadi, ayuh! Maintain populariti kita di dunia dan InsyaAllah di akhirat kelak… Moga Allah mudahkan… Amiiinnnn.. :))



Till then, assalamualaikum…
Ana uhibbuki fillah….~.^Y

4 comments:

  1. Replies
    1. syukran sudi singgah belog yang tak seberapa ni.. thanks.. :))

      Delete
  2. hehe..no hal..meh tgok entry aku yang baru sal sefikrah dalam cinta..haha..luahan hati beb ;p
    cntik do ko nye tulisan..hik3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. oriteee, nanti aku tgok k.. tulisan ni tah cane tah jadi gini, aku main tekan je aritu.. haha.. nanti I tgok ye entry tu, ade ape2 yg tersurat ke? keh3..:D

      Delete