Alhamdulillah masih
diberi peluang oleh Allah untuk meneruskan perjalanan menjadi HAMBA.. Kali ni
tergerak nak buat entry about 'POPULARITI'… :))
Recently makin
banyak individu-individu yang makin meningkat naik dan jadi satu satu fenomena
yang LUAR BIASA.. Alhamdulillah kebanyakannya mereka adalah individu yang
menyebarkan dakwah secara berterusan dan mudah diterima ramai. Antaranya ialah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don
Daniyal, Sham Kamikaze dan ramai lagi…
Alhamdulillah,
penyampaian dakwah mereka bisa diterima ramai dan diikuti, tidak kiralah
golongan remaja, tua, muda, kanak-kanak, mereka boleh menerimanya secara baik.
Yang bagusnya mereka tidak langsung berbangga dengan POPULARITI mereka, malah
mampu beramah mesra dengan masyarakat secara baik. Saya sendiri pernah
mengikuti ceramah dari mereka..memang super coool sebab they know how to attract
people… (amboi, speaking kemain..haha)
Itulah yang saya
cuba saya sampaikan just now, kita kena kekalkan POPULARITI kita, samada di
Dunia atau di Akhirat kelak. BOTH important!
Oppsss..tapi tapi
tapi… tak semua orang yang tak femes bak diva di dunia ni tak femes di akhirat.
Cuba kita ingat
balik kisah Uwais Al-Qarni dan Bilal bin Rabah. Tak payah nak tanya jiran
sebelah ke, pak cik kedai runcit ke, cuba tanya diri kita sendiri, kalau ustaz
ustazah tak cerita kat kita, kita tahu tak?? Confirm tak berapa nak tahu..
(huuu..kesian kat diri sendiri sebab kalau ustaz tak cerita mesti tak tahu..
T____T….)
Untuk pengetahuan
semua, Uwais Al-Qarni ialah seorang tabiin, sezaman dengan Nabi s.a.w. tetapi
tidak pernah bertemu dengan Nabi s.a.w. Namanya mungkin tidak begitu femes
dikalangan penduduk dunia, tapi namanya amatla popular di kalangan penduduk
langit. Sehinggakan Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada para sahabat,
sekiranya dapat bertemu dengan Uwais, maka mintalah beliau mendoakan untuk
mereka, kerana doanya makbul. MasyaAllah!^^,
Saidina Umar
al-khattab sendiri, seorang sahabat Nabi s.a.w. yang sangat hebat, pernah
meminta Uwais mendoakan untuk dirinya. Bukan calang-calang orang Uwais ini.
Sehinggakan sahabat yang hebat seperti Umar pun merendahkan dirinya meminta
Uwais berdoa untuknya. See.. Hebat kan.. SubhanaAllah.. :))
And another sahabat
adalah Bilal bin Rabah, macam yang kta semua tahu, dia adalah salah seorang
muazzin pada zaman Nabi SAW. Pernah sekali, tempat Bilal diganti oleh muazzin
lain, para malaikat bertanya kepada nabi SAW, "Apakah tidak ada solat
Subuh pada hari ini?.." . MasyaAllah, kerana keikhlasan Bilal yang hanya
bermodalkan keimanan dan ketaqwaan pada Allah, hingga suaranya didengari oleh
penduduk langit… :))
See, even kita tak
femes di dunia, kita masih boleh jadi femes di akhirat kelak… apelagi, ayuh
topup iman dan amal, servis akhlak, dan edit lah mana-mana yang kurang…
InsyaAllah..
So, apa-apa pun,
kita kenalah sentiasa jaga POPULARITI kita di dunia & insyaAllah di akhirat
kelak.. Tapi jangan salah faham dgn statement saya ni, bukan saya suruh semua
pakat jadi selebriti semata-mata nak dapat populariti. Yalah, memanglah, kalau kita
nak tarik orang orang ikut, kita perlu jadi hebat di mata mereka.Bukan…tak
semestinya begitu.maksud saya, kalau kita tak mampu jadi individu hebat dan
super duper coolll di mata manusia, cukuplah kita menjadi super duper hebat di
pandangan Allah… itu lebih penting.. :))
Saya petik kata-kata
Ustaz Don Daniyal:
"
Ikut Islam, patuh suruhan Allah dan Rasul. Jangan puja saya kerana saya manusia
biasa. Mati esok, syurga belum tentu buat kita lagi. Sebagai saudara seIslam,
apa yang boleh kita lakukan adalah saling ingat-mengingati. Saya berdakwah
untuk berkongsi ilmu selain persiapan menjadi insan dan hambaNya yang lebih
baik"….
Jadi, ayuh! Maintain
populariti kita di dunia dan InsyaAllah di akhirat kelak… Moga Allah mudahkan…
Amiiinnnn.. :))
Till then,
assalamualaikum…
Ana uhibbuki
fillah….~.^Y
nice dear :)
ReplyDeletesyukran sudi singgah belog yang tak seberapa ni.. thanks.. :))
Deletehehe..no hal..meh tgok entry aku yang baru sal sefikrah dalam cinta..haha..luahan hati beb ;p
ReplyDeletecntik do ko nye tulisan..hik3..
haha.. oriteee, nanti aku tgok k.. tulisan ni tah cane tah jadi gini, aku main tekan je aritu.. haha.. nanti I tgok ye entry tu, ade ape2 yg tersurat ke? keh3..:D
Delete