Friday 13 April 2012

adam....


Assalamualaikum my little khalifah…..

Tetibe pagi ni tergerak nak buat new post untuk sang Adam… ^^,

Adam,
Awak yang Allah pilih untuk saya..
Awaklah yang bakal mememiliki sebahagian hati saya selepas DIA dan Rasul…
Siapa awak? Di mana awak? Hanya DIA yang tahu…
Sebelum waktunya tiba, saya berdoa moga hati saya dilindungi olehNya..
Memang benar, saya tidak sempurna, mata ini mungkin saja saya bisa tertarik pada rijal-rijal di luar sana, mulut ini mungkin saja berbicara tentang mereka, telinga ini mungkin saja mendengar apa-apa saja yang diperkatakan tentang mereka…
Tetapi, yakinlah..hati ini cuma untuk Adam yang telah dipilihNya untuk saya…
Jujur saya katakan, pernah juga hati pernah juga tersasar daripada matlamat tuannya…
Tapi saya yakin, cinta yang hadir sebelum ini hanyalah ujian dari Tuhan buat saya…

Kawan saya pernah kata:
"... kalau awak tgh diuji dengan ujian cinta olehNya, tak mustahil si dia ( my future husband ) pun tgah duji dgn perkara yang sama, cause you are a part of him…awak kan tulang rusuk dia yang hilang tu…"

Owh… iyeke… hanya mampu tersenyum… :))
Hakikatnya saya memang mudah menyayangi dan mengasihi… itukah CINTA?
Pada saya, cinta itu hanyalah untuk DIA, Rasul dan si dia yang halal buat saya…
Dan saya sentiasa berdoa moga awak mencintai saya selepas DIA dan Rasul.. Amiiinnn.. :))
Saya petik kata-kata Amni Sorfina dalam novel Stanza Cinta…

"Aku mencintai lelaki yang mencintai Tuhanku"

Moga awak sentiasa mendekatkan diri padaNya…
Dan janganlah awak mencintai manusia lebih dari awak mencintaiNya…
Saya doa moga Allah selalu menjaga awak. Saya tak tahu siapa awak, kat mana awak, tapi InsyaAllah…sampai masa akad halal itu akan mempertemukan kita…
InsyaAllah, when the time comes. I'll be ready.. InsyaAllah…

...Ya Rabbul Izzati.. Temukanlah kami dalam keadaan yang mulia dan diredhai olehMU…. Amiinn…

Moga cinta untuk dia ini kerana DIA….. :')
Till then,  assalamualaikum……



-khamis,12April2012, 6.30pagi-

No comments:

Post a Comment