Monday 22 October 2012

Antara Kecintaan dan Pilihan..


Assalamualaikum my little khalifah…
Alhamdulillah, beberapa hari lepas baru selesai dgn final exam.. Syukur..

Ehemm, title kali ni sangat sweet plus syahdu I guess.. Hee..
Sweet? Syahdu? Yeke? Kenapa pulak?

Bila bercakap tentang cinta semua orang tersenyum sendiri, tersenyum simpul, tersenyum manis.  Ada juga yang bergenang mata, memendam rasa, ataupun biasa-biasa saja….
And when we talk about pilihan, kita mesti pilih something yang kita suka, something yang kita cinta kannn? Eyyy, mestilahhh..dah tau tanye pulak kan? :)

Tapi, pernah tak kita tak pilih sesuatu sebab kita terlalu cinta? Maksudnya, pernah tak kita tinggalkan atau lepaskan sesuatu sebab kita terlalu sayang dan kita rasa itulah yang terbaik untuk kita dan orang lain? Okay, let me explain….

Terkadang ada benda yang kita rasa kita sayang sangat tapi berat hati nak tinggalkan. To make it simple, kadang-kadang kita tak perasan ada dosa dan perbuatan yang tak baik yang kita suka sangat buat, dan kita sayang nak tinggalkan. SEBAB apa? Sebab kita dah terlalu membiasakan diri kita dengan dosa tu. Rasa syok je time buat kan.. Tapi terfikir tak KECINTAAN kita terhadap perbuatan tu adalah PILIHAN yang tepat atau tak? Haaaa.. Fikir! Gulp!

That’s why, kadang-kadang kita terpaksa tinggalkan KECINTAAN kita sebab kita nak buat PILIHAN yang tepat. We are human, jarang sekali kita buat pilihan yang tepat. Ada juga tersasar. Ada juga terkhilaf. Ada juga terkandas di pertengahan. One of my friend said this,

Bila nak buat something, fikir panjang-panjang. Panjang-panjang sampai akhirat. -member-

Dan bila bercakap soal hati dan cinta, kita kadang-kadang tersilap langkah. Pilihlah sesuatu yang membuatmu lebih dekat padaNYA. Lebih dekat. Semakin dekat. Sentiasa dekat.
Dunia bukan taman permainan sayang. Bukan tempat yang engkau boleh berbuat sesuka hatimu. Dunia ini persinggahan. Persinggahan sebelum tiba ke destinasi akhir.

And finally, selepas menimbang semula atas dasar PILIHAN, I'm leaving my KECINTAAN. And the other side pun do the same thing. Alhamdulillah.. Syukran Allah! :")

And tambah-tambah bersyukur bila ada yang sentiasa menenangkan. Ada yang menyenangkan. Ada yang menemani kala qalbu diruntun kesedihan. Sentiasa ada. Itulah DIA. Allahu Rabbi! :")

Well hey, jangan sedih-sedih bila kita terpaksa tinggalkan kecintaan kita demi pilihanNYA. Dan berbahagialah bila kita buat pilihan atas dasar kecintaan kita padaNYA.

Kuatlah bila kita terpaksa tinggalkan kecintaan kita demi pilihanNYA.
Dan teruslah kuat bila kita terpaksa tinggalkan pilihan kita demi kecintaan kita padaNYA.




Manusia tabah akan merasa ujian itu manis! ^^
Jaga diri & jaga iman  ya.
Uhibbuki fillah.













Wednesday 10 October 2012

Endless struggle..


Assalamualaikum my little khalifah..
Menjelang 24 Dzulkaedah, Alhamdulillah thumma Alhamdulillah…

Bismillahirrahmanirrahim..
Aturan hidup Allah penuh rahsia. Siapalah kita untuk menduga apa yang bakal terjadi hari ini, esok atau seterusnya. Merancang memang semudah petik jari, tapi tak semua  perancangan kita berjalan macam yang kita nak. Tak okay. Tak.

DALAM SABAR ADA HIKMAH

Hati ini acapkali melafaz kalimah ini. Mama always said, orang yang sabar itu disayangi Tuhan. Deras airmata ini bila mengenang setiap derap langkah perjalanan hidup ni. Terasa menyesal bila perkara yang buruk diagung-agungkan, yang baik ditinggal-tinggalkan.. APAKAH INI YANG AKU MAHU DALAM HIDUPKU??... Tak...Tak…

Hidup is a endless struggle. Berjuang tanpa henti. Semua berebut-rebut nak PENUHI impian sendiri, sedangkan AMANAH Tuhan kau pandang sepi. Allah ajar kita supaya berjuang dan bertabah demi DIA, bukan demi KITA! Bukan!

Betullah orang cakap, "Berkata-kata memang mudah, tapi bila nak buat, senyap sepi kecuali HATI-HATI yang BERANI".. Yela, berani tanggung risiko setiap apa yang awak sebut. Huh! BERANI??

Currently, condition hati tak berapa nak stabil. Payahnya menjaga amanah Tuhan yang satu ini. Letih, Pedih. Sedih. Tak terungkap rasanya…. Bila orang ada masalah tentang hati pandai pulak bagi nasihat macam-macam,  suggestion macam-macam, tapi bila diri sendiri kena tamparan hebat, terus jatuh terjelepok. Tak tau nak berpaut kat mana. Rasa tak kuat. Down. Stress tahap petala kelapan. * jangan over sangat diba, kang orang menyampah kang…

Heyyyy! Kau lupa kau ada Tuhan? Kita bukan macam popeye yang makan bayam je boleh jadi kuat. Jangan lupa, kita ini sebenarnya sentiasa didakap kasih sayang Allah. Kalau mahu diberi kekuatan, minta lah sungguh sungguh. Allah mesti beri. Kau tercongok depan softboard, termenung tepi tingkap, memangla satu apa pun kau tak dapat.  Bagi sikit rohani awak tu makanan BERKHASIAT. Barulah tenang, tenteram, aman dan damai. HOYEAHHH!! :))

Beruntunglah bagi awak, awak dan awak yang diuji Allah, sebab awak makin dekat dgn DIA! Ohhh, seronoknyaaaaaa… tengoklah betapa concernnya Allah dgn awak, bila awak makin lalai, diberinya ujian supaya awak kembali pada DIA. Tapi awak sangatla mudah lupa dengan DIA kan..jangan ingat semua nikmat Allah itu satu bonus untuk awak, sebab kadang-kadang nikmat itula yang MENDUGA kita siapa DIA dihati kita. Sebab apa jua yang kita dapat, bukan sebab kita ni hebat, kita ni bagus, kita ni kaya, kita ni terer.. Wateverrrrr,tapi kita dapat semua tu sebab DIA. Ya! DIA laa! Allah izin kita dapat semua-semua tu.. Jadi jangan nak bangga sangat bila dapat something, tapi takutla andai pemberian itu MEMAKAN kita. Ouch!…

Teruslah minta yang baik-baik darinya. Tak kiralah jodoh ke, pelajaran ke, perancangan hidup ke. Buat la istikharah.. Istikharah la bukan time nak pilih pasangan je cik kak oiii.. One of my friend pernah cakap.

"Istikharah bukan time nak pilih jodoh je. Buatlah istikharah bila nak buat pilihan dalam hidup. Kita ni bukannya bagus sangat pun nak buat pilihan sendiri. Kadang-kadang tersasar jugak. Dah nama pun manusia. Tak sempurna. " -someone-

Jadinya.. Jadinya setakat ini sajalah coretan kali. After this, terpaksa la menjauhkan diri dari awak little khalifah sebab kite ada 3 paper lagi.... Doakan kite tauuuuu.. Sungguh yang baik itu datang dari Allah, dan yang kurang datang dari khilaf diri ini.

Jaga diri, jaga iman.
Till then.
Assalamualaikum…. :))