Wednesday, 4 April 2012

Stanza Cinta...


Assalamualaikum….
Lama rasanya jari ni tak menari-nari di keyboard, terasa banyak yang hndak dikongsi…. :))
              Alhamdulillah, saya baru sj selesai mengkhatamkan novel Stanza Cinta karya Nurull Halawati…terasa karyanya begitu  terkesan dihati…  Actually, sy suka la sangat bc novel ..tapi sy sangatla jarang beli novel..Hehe…
              Last weekend, masa masuk kedai buku, tak terfikir langsung nak beli novel, tapi entah macam mana, Allah gerakkan sy utk ambil novel ni.. FYI, sekali pandang novel ni terus jatuh cinta & excited nak baca!
              Entah kenapa, saya dpt rasakan Stanza Cinta ibarat tarbiyah cinta dariNya utk saya..SUNGGUH! SubhanaAllah, novel ini benar-benar mentarbiyah saya tentang cinta insan terhadap Khaliqnya… perjalanan hidup Amni Sorfina menyedarkan sy tentang hakikat cinta & hidup yang sebenar….
            
AMNI SORFINA,
             Nama seorang gadis yg meniti di bibir sy dua tiga hari ni… Dia gadis cekal yang tahu mnjaga harga diri, tegas dgn prinsipnya namun penuh kelembutan..Saya benar-benar cemburu dgn ketabahannya. Dia tahu membawa diri tatkala diuji  dgn sehebat-hebat ujian oleh Allah. Dia bersangka baik dgn setiap ujian yd 'dihadiahkan' oleh Allah buatnya. Dia yakin Allah sentiasa disisinya. Prinsipnya hanya satu, sabar dgn setiap ujian yg mndatang. Jika Allah tidak memberinya tika di Dunia ini, pasti Allah menyimpan sesuatu buatnya di Akhirat kelak.

"Orang yg kurg ditimpa kesulitan, jiwanya akn lemah, sebagaimana orang yg kurg bekerja, badannya lemah. Bersyukurlah apabila diuji dgn kesulitan, kerana dgn itu, kita mempunyai jiwa yg kuat & tabah"  -Amni Sorfina-

Tika hatinya diuji dgn ujian cinta yg amat hebat, dia tegar mempertahankn prinsipnya, bahawa cintanya hanyalah buat suaminya, pemilik tulang rusuknya. Baginya tiada cinta selain cinta DIA. Cinta buat insan pula hanyalah sekadar yg diberi Tuhannya. Tiada yang boleh menandingi cinta Khaliqnya. Sungguh, suci benar hatinya. Tika ada yg mula mencuri hatinya, hanya Allah lah tempat dia mengadu segalanya. Ketika hatinya runsing memilih Sang Pemilik Tulang Rusuknya, ISTIKHARAH lah yang menjadi pilihannya.
            SubhanaAllah! Hebat sungguh perancangan Allah. Setiap aturanNya ada hikmah. Setelah cinta Irfan Ikmal berakhir, Allah gantikan Taufiq Imran pula buat Amni sebagai penemannya. Saya benar-benar yakin, Allah sangat sayangkan hambaNya yang sentiasa bersabar & redha dgn setiap ketentuanNya. Mungkin inilah berkat kesabaran Amni Sorfina. Selepas Allah mengujinya dgn ujian yg getir, Allah datangkn sesuatu utk mndamaikn hatinya. Saya petik kata-kata dari novel ini,

"Kamu memiliki segalanya tatkala kamu memiliki CintaNYA.."  -Amni Sorfina-

Dan jangan bersedih dengan ujian Allah,

"Ingatlah, yang menulis ujian atasmu adalah yang menulis nikmat untukmu"   -Taufiq Imran-

Dan ingatlah janji Allah, kerana janji Allah itu pasti,

"Andai bahagia itu bukan milik kita di dunia, Allah pasti menyimpannya di sana, kerana DIA tidak pernah menzalimi hambaNya"   -Irfan Ikmal-

SubhanaAllah! Terasa ingin menjadi seperti Amni Sorfina, dikelilingi mereka yang mencintai & dicintai Allah! Moga Allah sentiasa menetapkan hati-hati kita di jalanNya, InsyaAllah! ^^,


Ya Rabbul Izzati, temukanlah aku dgn Adamku dgn keadaan yg mulia dengan penuh rahmatMU & redhaMu…. :')

                   "Aku mencintai lelaki yang mencintai Tuhanku"   -Amni Sorfina-




Rabu, 4April2012,1.55pagi.

No comments:

Post a Comment