Friday 20 April 2012

Orang yang mencintai ILAHI...


Orang yang mencintai ILAHI,
Dirinya tak keluh-kesah,
Apabila ditimpa ujian,
Kerana dia yakin dengan kasih Tuhan..

Orang yang cintanya kepada ILAHI melebihi segalanya,
Tidak melatah apabila orang tersayang meninggalkannya,
Kerana waktu dia kehilangannya,
Dia masih bertemankan cinta Tuhannya..

Orang yang menghayati cintanya kepada ILAHI,
Sentiasa pasrah kepadaNya,
Sabar menangani ujian,
Kerana dia tahu itulah tarbiah cinta dariNya..

Dan orang yang mecintai ILAHI,
Juga mengharapkan kebahagiaan di dunia,
Tapi jika tidak dapat dimiiliki,
Yang dia harapkan cumalah keindahan di sana nanti,
Kerna dunia ini hanya pinjaman,
Dan dirinya kini hanyalah barang pinjaman,
Yang dipinjam untuk sementara di dunia ini,
Yang tiba masa bakal dijemput pulang oleh Tuhannya….

Maka belajarlah untuk mencintaiNya dengan ikhlas,
Bagaimana pula orang yang ikhlas itu?


"Orang yang ikhlas itu ialah orang yang suka menyimpan(tidak menyebarkan) amal kebaikan sebagaimana dia suka menyimpan keaibannya, apa yang diharapkan hanya redha & rahmat dari Tuhannya"


-Gen-Q vol 1- 


<Till then, assalamualaikum …... ~.^ >

No comments:

Post a Comment