Thursday, 29 November 2012

Hijrah Cinta...


Damia Qaisara hayun langkah laju. Tangisnya tak dapat dibendung lagi. Sampai saja di rumah, cepat-cepat dia masuk ke bilik. Pintu bilik dihempas kuat. Kuat.

Danial naik pelik. Tak sempat bertegur sapa. Tak sempat memberi salam. Kenapa dengan kembarnya? Tak pernah dia begitu. Ini pertama kali dia berkelakuan begitu. Selalunya hanya wajah ceria dan gembira saja yang menghiasi wajahnya. Apa kena?
Pintu bilik Mia dikuak,

"Mia, are you okay? Worry bout you sister." Risau Danny melihat Mia.

"Nothing Danny, Mia tension study je…" hambar suara Mia.

"Orang lain you boleh tipu my dear, you're my twins. Half of me is in you. Tell me." pujuk Danny. Sayu hatinya melihat Mia begitu.

"Danny… lend me your shoulder please.." pinta Mia.

"Come.."

Laju bibir Mia membuka cerita. Dia baru tahu teman baiknya Aliff sudah punya teman wanita. Cinta dalam diamnya berakhir kini. Memang kebanyakan masanya di kolej dihabiskan bersama Aliff. Ke mana saja dia pergi, Aliff pasti menemani. Study, discussion, presentation pun selalunya mereka bersama. Tup tup Aliff cuma anggap dia teman biasa. Bertahun mereka berkawan weyh, manela tak meraung si Mia. Frust.

"Ini ke yang buat Damia Qaisara meraung macam hilang anak ni… Eke elehh, come on Mia, tak rock la gini." gurau Danny, sengaja menceriakan suasana.

Buk! Sebiji bantal kena ke muka Danny.

"Heyyy, be seriousla brother, orang tengah sedih dia buat lawak tak berkualiti. Tak lawaklah… " lemah saja jawapan Mia.

"Oww, sorry2.. Mia, listen this. Cinta ni kadang-kadang datang sebagai ujian untuk kita. Allah bagi rasa cinta ni untuk uji macam mana kita kawal rasa ni. Jangan tergadai jiwa cuma sebab cinta manusia. Who knows Allah dah aturkan yang lebih baik untuk Mia. Mia tak tahu. Abang tak tahu. Ma and Abah pun tak tahu. Takde siapa-siapa tahu Mia. Only HIM knows. Have faith. Trust HIM more. Mia kuat kan sayang." diusap kepala Mia seperti anak kecil.

Dipandang wajah Danny. Kasih sungguh dia pada kembarnya itu. Temannya kala suka dan duka. Jarang dia menangis begitu.

"Thank you abang, feel much better." terharu Mia dengan layanan abangnya, Danny.

"No biggie sister. Saya kan abang. Haha. Dah, pegi mandi sana. Ambil wudhuk and solat. Baca Quran. Insya' Allah, you will be much much better. Okay, go now." arah Danny.

"Ayyai kapten! Mekaseh… " suara Mia berbunga ceria semula.

Didik hati. Dekati rabbi. Itulah terapi hati.^^

……………………………………………………………

"Abang, did you see my handphone?" Mia tercari-cari di ruang tamu. Silapnya juga, handphone nya disenyapkan.

"Ni haa……atas …me..meja."lambat-lambat dihabiskan ayatnya. Danny menganga melihat Mia. Mia in jubah! JUBAH weyhh.. Bukan jeans lagi. Bukan mini skirt. Bukan.

"Apesal tengok Mia  macam tak pernah tengok orang seyh…" tanya Mia. Pelik dengan tingkah Danny.

"Wohooo.. Since when Mia pandai pakai jubah ni. Sweetnyeee! "

"Since hijrah menyapa.. Heee.." senyum Mia.

"Alhamdulillah, good to hear that. Moga istiqamah ya.. Hehe. " gembira Danny dengan perubahan Mia. Satu-satunya adik kesayangannya. Adik kembarnya.

"Insya' Allah, doakan Mia. Okay, Mia pegi kolej dulu ya. Love you brother.. " jawab Mia riang.

Indahnya aturan Allah! ^^

…………………………………………………………….

Dah masuk lima bulan peristiwa itu berlalu. Mia mahu usir jauh-jauh kenangan itu. 

"Mia, aku kagum la tengok kau. Cool je kan even Aliff dah buat macam tu." ujar Faten. Teman baik Mia di kuliah.

"Ahah, tak payah nak kagum sangatlah. Aku kena kuat Faten. Kalau aku terus-menerus frust menonggeng gitu, hmmm habesla aku. Ingat tak Allah dah pesan dalam surah Al-Baqarah ayat 155, 'Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar'. See, Allah nak kita kuat. Nak kita sabar. Dah bukan jodoh aku dengan dia Faten. And aku rasa syukur,  Allah bagi aku peluang untuk kembali pada DIA. Lebih dekat. Dekat. " Mia senyum.

"Betul. Kita ni kadang-kadang rasa kitalah yang paling kuat ujiannya, paling susah kehidupannya, tapi, sebenarnya bila fikir-fikir balik, ada orang yang lebih berat ujiannya, lebih susah kehidupannya. Kita ni je haa yang jarang benar nak rasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Asyik rasa tak cukup je. Asyik rasa kurang je. Selagi tak dapat apa yang kita betul-betul nak, selagi itulah kita tak pernah rasa puas. " tambah Faten.

"Kann.. Kita kena percaya bahawa Allah dah aturkan sebaik-baik kehidupan untuk kita. Cuma lambat atau cepat. At that time la Allah uji adakah kita benar-benar bersungguh dengan apa yang kita hajatkan. Takut-takut cuma hangat-hangat tahi ayam je. Samala macam ujian cinta yang Allah beri ni. Kalau kita betul-betul bersungguh dengan ikatan ni dan yakin bahawa si dia boleh bawa kita menuju SyurgaNya, kenalah rajin berdoa, mintak Allah dekatkan. Kalau lagi bagus, minta restu mak ayah. Bukan setakat I love you, You love me tapi tak ada apa-apa effort ke arah perkahwinan. Useless. Baik hentikan jelah. " terang Mia.

"Fuhh, kau ni boleh tahan jugak kan bab-bab macam ni. Ehemmm.. Hehe."gurau Faten, saja mengusik.

"Hahaha.. Kalau setakat share sikit-sikit macam ni bolehla, kalau nak suruh aku terang panjang lebar macam Tanyalah Ustazah tu tidakla, ilmu senipis kulit bawang lagi. Hihihi… "jawab Mia, tersenyum. 

Manisnya cinta kerana Dia.^^

…………………………………………………………………………

Mia sudah melangkah ke tahun akhir. Tak sabar rasanya mahu menamatkan pengajian. Cintanya pada insan bernama lelaki sudah lama tidak mengisi  kotak fikirannya. Soal jodoh diserahkan pada ibu bapanya. Moga Allah mempertemukannya dengan insan yang lebih baik. Bukan fobia, cuma lebih berhati-hati, takut-takut tersasar lagi. Cukuplah sekali.

Andai cinta sudah bertandang, Mia harap benar biarlah cinta ini hadir keranaNya. Kadang-kadang manusia mudah lupa. Mudah lalai. Mudah alpa. Perlu ada teman yang sentiasa mengingatkan. Perlu ada teman yang sentiasa mendoakan. Teguran tanda kasih. Teguran tanda sayang. Penuh kasih sayang. Ingatan itu perlu. Bukan bermusim . Tapi biarlah selalu.

Moga hijrah cinta ini keranaNya, bukan kerananya.

……………………………………………………………………………..

Biar mata tidak bertemu, namamu kusebut dalam doaku.
Cinta sampai Syurga,
Insya' Allah…..^^










Thursday, 22 November 2012

Isbir ya Qalbi..


Assalamualaikum my little khalifah! :')
Rindu…

Alhamdulillah, Allah izin meneruskan perjalanan ini. Kadang rasa susah. Kadang rasa payah. Kadang rasa tak kuat. Kadang rasa berat. Tapi, pasti akan ada sesuatu atas apa yang kamu usahakan. Teruslah percaya. Teruskan berpegang. Bepegang pada tali ALLAH!

Pandang kanan, ada yang tersenyum. Pandang kiri, ada yang menangis. Pandang belakang, ada yang gembira. Pandang depan , ada yang bersedih. Inilah kehidupan. Kehidupan seorang manusia.

Dah lama rasa tak tadabbur Quran. Mungkin inilah sebabnya manusia hilang rasa ketenangan. Hilang pedoman. Hilang panduan. Ini tak boleh jadi. Tak boleh.

Dan baru-baru ni saja, kita digemparkan dengan berita serangan di Gaza. Sebenarnya benda ni bukan baru. Lama dulu dah berlaku benda ni. Tapi kini makin memuncak. Masyarakat dunia BARU aware. Kasihan sungguh nasib rakyat Gaza. Tapi, sebenarnya kita yang patut lebih kasihan.

Look, sekurang-kurangnya kematian mereka, kematian penuh mulia. Kematian kerana mempertahankan agama. Memuliakan agama. Meninggikan agama. Sudah tentu-tentu Allah meninggikan darjat mereka di Akhirat kelak. Sudah tentu-tentu mereka akan menghuni Syurga yang abadi itu. Merekalah kalangan SYUHADA'...

Tapi...
Kita?
Bagaimana?
Dimana?
Apakah kita layak menjadi penghuni Syurga? Apakah nasib kita nanti? Apakah kita mampu menjangkakan nasib kita nanti?
Entah, saya sendiri tak mampu jawab soalan ni.

Entahla, kita ni kadang-kadang dengan nafsu dan perasaan sendiri pun boleh kalah, apatah lagi nak pergi berjihad kat Palestin.. Fuhh, peluh besar agaknya.

Tapi Allah Maha Tahu, ditimpakan ujian sesuai dengan kemampuan hambaNya. Allah tahu, rakyat Gaza kuat dan mampu menghadapi ujian sebesar itu.

Bila kita disini tidak diuji dengan ujian besar itu, ambil hikmah daripadanya. Mungkin Allah masih mahu mendidik diri kita, ibarat mendidik anak kecil bertatih. Mahu membentuk kita menjadi insan yang lebih baik. Perlahan-perlahan. Tapi berkesan.

Tak dinafikan, tika ini juga, diri masih berperang dengan perasaan sendiri. Moga-moga Allah kuatkan hati ini. Moga-moga.

Percaya dan teruslah percaya.


…………………………………………………………….

Isbir ya Qalbi,
Ujian ini kecil sayang,
Allah sentiasa bersamamu. :')

Till then,
Assalamualaikum...

<221112>

Monday, 12 November 2012

Erti Bahagia...


Assalamualaikum my little khalifah..
Rindunye kat awak!^^

Alhamdulillah.. Last Saturday baru je dapat result final exam semester 6. And Alhamdulillah sangat-sangat dengan apa yang Allah bagi ni. Even Mama pun nanges. Sweet kan Mama sy.. Heeee.. :))
Bahagia sangat dengan hadiah yang tak disangka ni. Bahagia sangat bila dapat gembirakan Mama, family and myself. Tapi adakah erti bahagia tu kita boleh nilai hanya dengan result yang gempak-gempak, kehidupan yang kaya-raya, duit yang berlonggok-longgok?? Hanya dengan itu saja? Ohh, pada saya TIDAK.

Ya, TIDAK hanya dengan itu.

Sebab, itu hanya kegembiraan di dunia sahaja sayang. Tak akan kekal. Tak boleh bawak masuk kubur pun. I've deep thinking on this things. Lulus exam kat Dunia tak menjamin pun kita mampu lulus exam kat Akhirat kelak. Kalau kat dunia, you get straight A's and 4flat dah boleh dah buat mak ayah bangga. Tapi kat Akhirat nanti tak tahu mak ayah kita mampu berbangga tak ada anak macam kita sebab BEKALAN and PAHALA kita ni entah cukup entahkan tidak.

Nanges.

Dulu ustazah selalu cerita, kalau kita tak buat apa yang Allah dah perintahkan pada kita, mak ayah kita akan disoal dulu. Kita kena sedar kita ni AMANAH yang Allah dah anugerahkan pada mak ayah kita. Tak sedih ke bila mak ayah kita dipertanggungjawabkan atas sebab kita tak tutup aurat, pergaulan tak jaga, tak solat lima waktu, puasa Ramadhan main aci mana sempat sahur je. Tak sedih ke? Nak anak kita buat macam tu kat kita nanti? Sure tak nak kan...

Rindu arwah Abah.

Kebahagiaan yang Allah datangkan dalam hidup kita ni Allah datangkan dalam pelbagai bentuk. Cuma kita yang tak perasan. Cuna kita yang tak nampak. Bahagia tu kita boleh capai tanpa perlu tunggu hidup mewah, kaya raya. Tak perlu. Ia boleh datang dalam bentuk ketenangan jiwa, keluarga yang saling berkasih-sayang, teman yang saling mengingatkan dan mendoakan. Bahagia bukan? :)

Senyumlah sayang. Jangan kau resah kerna DUNIA. Remember…

"Sesungguhnya Kami telah menjadikn apa yang ada di bumi sebgai prhiasan baginya, utk Kami menguji mereka, siapakah diantaranya yg terbaik prbuatannya. " [ al-Kahfi: 7]

Dunia ni adalah ujian. Hidup ni pun ujian. Nikmat pun ujian. Allah uji sebab Allah tahu kita mampu. Cuma kita kenalah kuat sikit. Tak boleh lembik-lembik. Jangan lemah-lemah. Kena tough-tough. Wohoooo.. :D

Maybe being broken to pieces is sometimes a good thing.. It gives you the chance to build yourself up the way you always wanted to be; Stronger. Tougher.

Berbahagialah dengan Rahmat Tuhan ya! :)




Till then,
Jaga diri, jaga iman.
Didik diri, dekati Rabbi.
Manissssss, ^^

Friday, 2 November 2012

Enta, bila nak bercinta?


Adrianna Rifqah.
Rian gadis cantik. Secantik namanya. Walaupun wataknya kasar, tapi jiwanya lembut. Sepadan namanya. Rifqah, kelembutan.
Tamat Sijil Pelajaran Malaysia, dia ditawarkan melanjutkan pelajaran ke salah sebuah universiti di luar negara dalam bidang perubatan. Dia bukanlah minat sangat, tapi itulah kehendak ibu bapanya. Dia menurut sahaja. Fikirannya hanya satu, asalkan ibu bapanya gembira, dia gembira.

Kehidupan Rian di sana cukup sibuk dengan belajar sahaja, berpenampilan sederhana dan…. SIMPLE. Kawannya cuma seorang, Fatin. Dia kurang bergaul dengan orang. Bukan kerana dia skema, nerd, sombong dan bla bla bla. Bukan. Bukan itu. Sebabnya cuma satu. Dia…. PEMALU dan TEGAS!.
Senyumnya mahal. Kalau orang buat lawak dalam kelas, even satu kelas gelak terbahak-bahak. Dia cuma senyum tipis.. mungkin fake smile, sekadar menyedapkan hati orang yang buat lawak.  Selama 2 tahun duduk di luar negara, cuma sekali dia pulang ke Malaysia. Sekali. Besi sungguh hatinya. Bila diajak Fatin untuk pulang, jawabnya, "Aku malas".

Bukan kerana hubungannya dengan keluarganya tak baik yang menyebabkan dia malas pulang. Lebih dari baik. Boleh kata tiap-tiap minggu dia buat panggilan ke Malaysia. Dan boleh kata tiap-tiap hari berskypping dengan keluarga tercinta. Tiap-tiap hari weyh. Itupun kalau dia tidak sibuk dengan assignments, discussions laaa.. Kalau. Mereka cukup rapat. Bagai isi dengan kuku. LOL! Tapi cuma sebab dia malas nak packing barang, malas nak berlama-lama dalam flight, malas nak itu, malas nak ini. Malas! Heh...

Kini umurnya menginjak 21 tahun. Tiada teman istimewa. Tiada PJJ (Percintaan Jarak Jauh). Tiada boyfriend (kawan lelaki). Tiada.

Ada juga kawan-kawan lelaki bertanya tentangnya daripada Fatin. Tapi tiap kali nak dikenalkan dengan dengan seseorang, jawabnya tetap itu,
"No relationship before marriage. Unless you dah prepare mental & physical for marriage. Biar ada matlamat. Biar ada tujuan. Bukan suka-suka. Realiti sebuah percintaan adalah perkahwinan, selagi you tak ada usaha kearah itu, cinta tak lebih dari sebuah mimpi, sebuah kata kosong, yang tiada rohnya. Kalau belum ready jangan dekat. Jangan. Lagipun Allah dah sebut dalam Quran dalam surah Al-Isra' ayat 32 tak silap aku, 'Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji'. Aku tahu aku belum completely ready. Mental , physical and spiritual. Spiritual tu yang paling penting. Banyak kurang lagi weyh. Bacaan dalam solat pun belum semuanya aku faham. Puasa sunat pun kadang-kadang je aku buat. Zikir pun lepas solat je aku amalkan. Bila waktu senggang aku still jugak dengar lagu ntah ape-ape ntah tu."

Fatin diam, "Hmmm..betul jugak. Tapi bukan bukan ke orang dok cakap bila kita kahwin, our partner yang akan membimbing dan menyempurnakan hidup kita? Bukan gitu?"

Rian senyum, "Memanglah. Tapi kalau dia je yang super soleh plus alim tahap ala-ala Imam Muda tu tapi kita ni kurang sana, kurang sini tak aci la Fatin. Dia punya la doa tiap-tiap hari mintak Allah temukan dia dengan wanita solehah, tup tup dapat kita yang ntah ape-ape ntah ni. Alahai, kesian kot! Kalau kita nak yang soleh, kita pun kena jadi solehah la. Baru fair. Aku nak la yang soleh, yang boleh bimbing aku. Holding my hands to HIS Jannah. Tak tau la kau ….. "

Fatin jeling manja, "Aku pun nak….. Heeee…."

Senyum sampai bintang. ^^

……………………………………………………

Aniq Afnan.
Budak seuniversiti Rian. Presiden BADAR. Penuntut jurusan Psycology. Terkenal dengan aktiviti tarbiyah dan dakwah. Famous. Kacak. Dan alim. Boleh kata pilihan mak-mak untuk dibuat menantu. Tapi kalau tanya Rian, belum tentu dia tahu. Belum tentu dia kenal. Belum tentu. Atau  tentu-tentu dia tak pernah tahu. Alahai Rian….

Aniq panggilannya. Rajin pergi library. Budak Dean List. Selalu jadi rujukan budak-budak junior bila tak faham subjek. Umurnya sudah mencecah 24 tahun. Tapi masih belum berpunya. Senang kata, seluruh jiwa dan cintanya kini cuma untuk Yang Maha Mencinta, Rasul dan keluarganya. Dan tak lupa, rakan-rakan seperjuangannya. Rakan-rakan seakidahnya. Bukan tak ada yang cuba mendekati. Bukan tak ada yang terlebih mengambil berat. Bukan tak ada. Dia yang belum mahu. Dia yang belum mengorak langkah. Baginya perkahwinan masih jauh. Prioritinya kini hanya satu, mancapai mardhatillah. Perjuangan dakwah memerlukan pemuda seperti dia. Dia tahu itu. Usia mudanya takkan dipersia.

Ada juga yang bertanya, bila enta nak kahwin. Bila enta nak bina Baitul Muslim. Bila enta nak bina masjid. Bila. Bila. Bila. Dan paling tak boleh tahan, bila pernah satu hari teman rapatnya Ammar bertanya, saja menduga.

"Bila enta nak bercinta?"

Aniq cuma senyum, "Ana akan bercinta lepas 'Aku terima Nikahnya".

Ammar gelak girang, "Kelasss jawapan enta. Haha..."

Aniq sampai kini tetap pegang kata temannya sewaktu tahun Pertama di universiti dulu. Masa dia masih berjinak-jinak dengan dunia tarbiyah dan dakwah.
"Enta, jalan dakwah ni sumpah panjang. Ada masa kita kat atas. Ada masa kita kat bawah. Ada masa kita diuji bertalu-talu. Dihentam sekuat-kuat. Tapi ingatlah, waktu itulah Allah nak kita lebih dekat denganNya. Ujian mungkin saja datang dalam bentuk kekurangan harta dan hubungan dengan manusia dan macam-macam lagi. Paling berat bila kita diuji dengan wanita. Wanita ni, sekali kita terjerat. Habislah enta. Habis. Kita kena pandai kawal. Allah dah sebut dalam Quran surah An-Nur ayat 26 'Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-laki yang baik dan lelaki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)'. Enta nak yang baik, jadilah yang baik. Jaga pandangan. Jaga peribadi. Wanita solehah tu mahal jiddan. Mahal. Tapi syurga lagi mahal… hehe.. "

Ketawa. Sembunyi duka. ^^

…………………………………………………………

"Aduhh.. Mane pulak nota kuliah aku ni. Tadi macam bawak sekali dengan lappy ni".
Bingung Rian. Tertinggal nota kuliahnya entah di mana. Sekejap lagi kelas nak mula. Digaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Tiba-tiba..

"Assalamualaikum, enti Adrianna Rifqah?" tanya Aniq.

"Waalaikumsalam. Just call me Rian. Yup, any probs?" terkejut Rian. Entah dari mana lelaki ini datang. Tahu pula nama penuhnya. Tambah bingung Rianna! Cuba disembunyikan riak wajahnya yang kebingungan.

"Ni nota enti rasanya. Tadi enti tertinggal dekat café. Ana cuba kejar. Ana panggil. Enti tak perasan mungkin. Nah, ambillah" Aniq hulur nota kuliah milik Rian. Terpegun seketika dengan kecantikan Rian. Lantas cepat-cepat dia beristighfar. Ujian Aniq. Ujian. Allah dah berfirman dalam Al-Quran surah An-Nur ayat 30 supaya jaga pandangan, 'Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.'

"Ohh, iyeke? Terima kasih banyak-banyak. Nama awak? Eh… Err.. Nama enta?" Rian malu. Aduhhh..Rian, apasal kau gatal-gatal tanya nama dia ni, cakap terima kasih cukupla. Siap berenta enti bagai. Kain pelikat betullah!

"Afwan. Aniq Afnan. Panggil Aniq saja. Okeylah, ana mintak diri dulu. Oh, Rian! By the way, laju betul enti jalan. Kena kejar hantu ke? Ke practise nak masuk lumba lari?  Jangan marah. Assalamualaikum" Aniq senyum dan terus berlalu. . Mengah dia mengejar Rian tadi. Tapi entah kenapa dia senang melihat wajah itu. Ayu. Dia takkan lupa pemilik wajah ayu itu. Adrianna Rifqah.

"Waalaikumsalam" lambat-lambat Rian jawab. Masih bingung agaknya. Malu pun ada. Pertama kali dia ditegur begitu. Laju sangat ke dia jalan? Dipanggil pun dia tak dengar.  Nah! Baru dia teringat, telinga disumbat earphone rupanya. Patutlah… LOL!

Dalam hati Rian berbisik, "Hensem jugak. Alim pulak tu.". Pantas diusir perasaan itu.  Entah-entah dah berpunya. Rian sengih. Sejak bila kau pandai fikir benda-benda macam ni Rian! Heh…

Pertemuan dan perpisahan itu kerana Allah. ^^

…………………………………………………………..

"Enta, ana rasa ana dah ready. Tapi ana first time rasa macam ni. Enta rasa betul tak perasaan ana ni?" tanya Aniq pada Ammar.

"Cop! Ape yang ready? Ape yang first time? Ape yang betul ni?" bingung Ammar. Tiba-tiba Aniq meluah perkara yang jarang-jarang didengar dipendengarannya.

"Aduhh..malu pulak ana nak start cerita. Enta jangan gelak tau! " ujar Aniq segan-segan.

"Pulak dah. Nak malu apenye. Okey, cerita la. Ana dengar. Mesti ada something ni.. Hehe" sengih Ammar melihat gelagat temannya.

"Ana hajat nak taaruf dengan seseorang. Student medic. Rian. Adrianna Rifqah"  terluah juga akhirnya perasaan yang terbuku di hati Aniq. Lega.

"Alhamdulillah! Akhirnya..Ana tumpang gembira. Hehe. Tapi ape nama dia tadi? Rian? Adrianna? Eh, itu budak kelas ana. Macam mana enta kenal?" terkejut Ammar. Budak paling sopan dalam kelas. Tak banyak cakap. Bercakap dengan lelaki? Memang ada, tapi bila perlu. Bila ada urusan. Lain-lain masa memang susah nak dengar. Memang susah.

Aniq bercerita dari A to Z. Peristiwa yang sudah sebulan berlalu.

"Ana tak tau. Ana cuba tolak perasaan ni. Mula-mula ana tak yakin. Ana buat istikharah. Minta Allah beri petunjuk. Tapi, lepas dah beberapa kali ana buat, hati ana kuat ke arah dia. Enta rasa ana perlu teruskan ke hasrat ana ni? " tanya Aniq.

"Beginilah. Ana cuba cakap dengan Fatin. Fatin tu kawan baik Rian. Suruh Fatin tanyakan. Enta betul-betul ni?" tanya Ammar lagi.

"InsyaAllah. Ana yakin. Proceed. " Aniq lega. Moga-moga ini yang terbaik untuknya.

Bintang hati bergemerlapan. Terasa cahaya bulan terlebih terang. ^^

………………………………………………………

Seusai solat sunat, Rian panjat doa kepada Yang Maha Mencinta. Pintanya kini hanya satu. Moga ini yang terbaik untuknya.

"Fatin, how come kami boleh ada perasaan yang sama ya? Aku tak sangka pulak dia rasa benda yang sama. Its soo miracle kan? Aku dah buat istikharah. Aku dah tanya mak ayah aku. And they said, right after aku bagi no phone tu dia terus call mak ayah aku. And you know what, diorang suruh balik this summer. For engagement . And its mean lagi sebulan Fatin. Sebulan. Maknanya…"

Sebulan lagi summer. Summer nanti tunang. Means, sebulan lagi nak tunang. FUH!

Takdir Allah unexpected. ^^

……………………………………………………

Sebulan berlalu.

"Doakan ana tau enta! Rasa dup dap je jantung ni. Doakan Allah mudahkan urusan ana." pinta Aniq.

"InsyaAllah. Ana selalu doakan. Enta baik-baik. Buat-buat cool je even hati tu macam nak meletop. Haha.. And by the way kalau dah nak bercinta nanti bagitahu tau! Hehe.. " senyum bahagia Ammar melihat temannya.

"What? Bercinta? Tak paham.. Ana bila waktu genting rasa tak boleh nak fikir ape-ape dah. Explain please Ammar Dzakirin." Aniq tak faham.

"Enta ni, buat-buat lupa pulak dah. Ala, dulu kan enta kata. Enta nak bercinta lepas 'Aku terima Nikahnya'. Hehe.. So, nanti kalau dah confirm tarikh 'Aku terima Nikahnya Adrianna Rifqah' bagitau naaaa… hehe.." Ammar gelak riang.

"Pandai enta gurau. Haha.. InsyaAllah! Pasti. " jawab Aniq penuh yakin.

Pagi-pagi dia sudah menelefon Ammar. Nak tenangkan hati. Haha. Berdebar rasanya. Dia bakal menjadi tunangan orang.

Aniq bermonolog.
"Ya Rabbul Izzati.. Temukanlah kami dalam keadaan yang mulia dan diredhai olehMU…. Amiinn…"

Sempat disisipkan nota hati buat bakal isterinya, Adrianna Rifqah bersama-sama cincin hantaran tunang.
"Alhamdulillah. Buat masa sekarang ni kita setuju buat agreement yang saya jaga diri saya dan awak akan jaga diri awak . Dan bedoa moga ALLAH yang akan pelihara kita. Nanti bila tiba masanya nya saya akan jaga awak dan awak akan jaga saya dan ALLAH akan meredhai kita. Moga-moga."

Adrianna Rifqah senyum bahagia. Tak sabar menunggu hari bahagia. Winter nanti.

Miraclenya aturan Allah. ^^
Subhanallah!

…………………………………………………………

Sekian.
First time ni.
Moga Allah redha.

Monday, 22 October 2012

Antara Kecintaan dan Pilihan..


Assalamualaikum my little khalifah…
Alhamdulillah, beberapa hari lepas baru selesai dgn final exam.. Syukur..

Ehemm, title kali ni sangat sweet plus syahdu I guess.. Hee..
Sweet? Syahdu? Yeke? Kenapa pulak?

Bila bercakap tentang cinta semua orang tersenyum sendiri, tersenyum simpul, tersenyum manis.  Ada juga yang bergenang mata, memendam rasa, ataupun biasa-biasa saja….
And when we talk about pilihan, kita mesti pilih something yang kita suka, something yang kita cinta kannn? Eyyy, mestilahhh..dah tau tanye pulak kan? :)

Tapi, pernah tak kita tak pilih sesuatu sebab kita terlalu cinta? Maksudnya, pernah tak kita tinggalkan atau lepaskan sesuatu sebab kita terlalu sayang dan kita rasa itulah yang terbaik untuk kita dan orang lain? Okay, let me explain….

Terkadang ada benda yang kita rasa kita sayang sangat tapi berat hati nak tinggalkan. To make it simple, kadang-kadang kita tak perasan ada dosa dan perbuatan yang tak baik yang kita suka sangat buat, dan kita sayang nak tinggalkan. SEBAB apa? Sebab kita dah terlalu membiasakan diri kita dengan dosa tu. Rasa syok je time buat kan.. Tapi terfikir tak KECINTAAN kita terhadap perbuatan tu adalah PILIHAN yang tepat atau tak? Haaaa.. Fikir! Gulp!

That’s why, kadang-kadang kita terpaksa tinggalkan KECINTAAN kita sebab kita nak buat PILIHAN yang tepat. We are human, jarang sekali kita buat pilihan yang tepat. Ada juga tersasar. Ada juga terkhilaf. Ada juga terkandas di pertengahan. One of my friend said this,

Bila nak buat something, fikir panjang-panjang. Panjang-panjang sampai akhirat. -member-

Dan bila bercakap soal hati dan cinta, kita kadang-kadang tersilap langkah. Pilihlah sesuatu yang membuatmu lebih dekat padaNYA. Lebih dekat. Semakin dekat. Sentiasa dekat.
Dunia bukan taman permainan sayang. Bukan tempat yang engkau boleh berbuat sesuka hatimu. Dunia ini persinggahan. Persinggahan sebelum tiba ke destinasi akhir.

And finally, selepas menimbang semula atas dasar PILIHAN, I'm leaving my KECINTAAN. And the other side pun do the same thing. Alhamdulillah.. Syukran Allah! :")

And tambah-tambah bersyukur bila ada yang sentiasa menenangkan. Ada yang menyenangkan. Ada yang menemani kala qalbu diruntun kesedihan. Sentiasa ada. Itulah DIA. Allahu Rabbi! :")

Well hey, jangan sedih-sedih bila kita terpaksa tinggalkan kecintaan kita demi pilihanNYA. Dan berbahagialah bila kita buat pilihan atas dasar kecintaan kita padaNYA.

Kuatlah bila kita terpaksa tinggalkan kecintaan kita demi pilihanNYA.
Dan teruslah kuat bila kita terpaksa tinggalkan pilihan kita demi kecintaan kita padaNYA.




Manusia tabah akan merasa ujian itu manis! ^^
Jaga diri & jaga iman  ya.
Uhibbuki fillah.













Wednesday, 10 October 2012

Endless struggle..


Assalamualaikum my little khalifah..
Menjelang 24 Dzulkaedah, Alhamdulillah thumma Alhamdulillah…

Bismillahirrahmanirrahim..
Aturan hidup Allah penuh rahsia. Siapalah kita untuk menduga apa yang bakal terjadi hari ini, esok atau seterusnya. Merancang memang semudah petik jari, tapi tak semua  perancangan kita berjalan macam yang kita nak. Tak okay. Tak.

DALAM SABAR ADA HIKMAH

Hati ini acapkali melafaz kalimah ini. Mama always said, orang yang sabar itu disayangi Tuhan. Deras airmata ini bila mengenang setiap derap langkah perjalanan hidup ni. Terasa menyesal bila perkara yang buruk diagung-agungkan, yang baik ditinggal-tinggalkan.. APAKAH INI YANG AKU MAHU DALAM HIDUPKU??... Tak...Tak…

Hidup is a endless struggle. Berjuang tanpa henti. Semua berebut-rebut nak PENUHI impian sendiri, sedangkan AMANAH Tuhan kau pandang sepi. Allah ajar kita supaya berjuang dan bertabah demi DIA, bukan demi KITA! Bukan!

Betullah orang cakap, "Berkata-kata memang mudah, tapi bila nak buat, senyap sepi kecuali HATI-HATI yang BERANI".. Yela, berani tanggung risiko setiap apa yang awak sebut. Huh! BERANI??

Currently, condition hati tak berapa nak stabil. Payahnya menjaga amanah Tuhan yang satu ini. Letih, Pedih. Sedih. Tak terungkap rasanya…. Bila orang ada masalah tentang hati pandai pulak bagi nasihat macam-macam,  suggestion macam-macam, tapi bila diri sendiri kena tamparan hebat, terus jatuh terjelepok. Tak tau nak berpaut kat mana. Rasa tak kuat. Down. Stress tahap petala kelapan. * jangan over sangat diba, kang orang menyampah kang…

Heyyyy! Kau lupa kau ada Tuhan? Kita bukan macam popeye yang makan bayam je boleh jadi kuat. Jangan lupa, kita ini sebenarnya sentiasa didakap kasih sayang Allah. Kalau mahu diberi kekuatan, minta lah sungguh sungguh. Allah mesti beri. Kau tercongok depan softboard, termenung tepi tingkap, memangla satu apa pun kau tak dapat.  Bagi sikit rohani awak tu makanan BERKHASIAT. Barulah tenang, tenteram, aman dan damai. HOYEAHHH!! :))

Beruntunglah bagi awak, awak dan awak yang diuji Allah, sebab awak makin dekat dgn DIA! Ohhh, seronoknyaaaaaa… tengoklah betapa concernnya Allah dgn awak, bila awak makin lalai, diberinya ujian supaya awak kembali pada DIA. Tapi awak sangatla mudah lupa dengan DIA kan..jangan ingat semua nikmat Allah itu satu bonus untuk awak, sebab kadang-kadang nikmat itula yang MENDUGA kita siapa DIA dihati kita. Sebab apa jua yang kita dapat, bukan sebab kita ni hebat, kita ni bagus, kita ni kaya, kita ni terer.. Wateverrrrr,tapi kita dapat semua tu sebab DIA. Ya! DIA laa! Allah izin kita dapat semua-semua tu.. Jadi jangan nak bangga sangat bila dapat something, tapi takutla andai pemberian itu MEMAKAN kita. Ouch!…

Teruslah minta yang baik-baik darinya. Tak kiralah jodoh ke, pelajaran ke, perancangan hidup ke. Buat la istikharah.. Istikharah la bukan time nak pilih pasangan je cik kak oiii.. One of my friend pernah cakap.

"Istikharah bukan time nak pilih jodoh je. Buatlah istikharah bila nak buat pilihan dalam hidup. Kita ni bukannya bagus sangat pun nak buat pilihan sendiri. Kadang-kadang tersasar jugak. Dah nama pun manusia. Tak sempurna. " -someone-

Jadinya.. Jadinya setakat ini sajalah coretan kali. After this, terpaksa la menjauhkan diri dari awak little khalifah sebab kite ada 3 paper lagi.... Doakan kite tauuuuu.. Sungguh yang baik itu datang dari Allah, dan yang kurang datang dari khilaf diri ini.

Jaga diri, jaga iman.
Till then.
Assalamualaikum…. :))

Thursday, 13 September 2012

Berbahagialah duhai hati!


Assalamualaikum little khalifah…
Lame dah tak singgah sini kan. Seriously semester 6 ni banyak menuntut masa and tenaga yang banyak..
Rasa cepat je masa berlalu.. *pheww..

Alhamdulillah.. Last week selesai dengan penyerahan tajuk thesis.. Letih fikir macam2 tajuk. But at last dapat jugak puaskan hati lecturer.. SYUKUR!^^

And..and… bukan ini tujuan utama sebenarnye nak tulis belog tadi..

Bismillahirrahmanirrahim…
I just don't know where to start..suddenly there is no words to say..isk!
Payahnya..letihnya..susahnya menjaga hati kan..tapi benarlah kata Tuhan,

"Mana mungkin kamu mengatakan kamu beriman sedangkan kamu tidak diuji"..

Allah… :')
Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat. Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai & bahagia sangat bila dapat..kannn.. *senyum^^

Tapi terkadang ada masa kita jatuh. Tak mampu nak bangun. Toleh kanan kiri pun takde orang nak tolong.. Sedih kan! Mane semua orang ni? Iskkkk.. :(

Tapi, ingatlah.. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani. Just beside you. ALWAYS! :))
Allah akan ubat luka tu, Slowly.. Slowly..Slowly..
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah! *tears…

InsyaAllah, bila Allah redha..Allah akan mudahkan.
Tak mudah..sape kate mudah? *put your hands up lahh!
Tapi inilah kasih sayang Tuhan..
Berdamailah dengan takdirNya,
Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi,
Dan kita mesti berhenti daripada MEMAKSA it happen macam yang kita nak..
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya. :))

.:: INI UJIAN TUHAN SAYANG ::.

Well hey! Syurga tu mahal kot! Tempat super exclusive...takkan lenggang kangkung je nak pergi syurga tu, takde bekalan, free free je nak masuk. Sorry, memang tak dapatlahhh.. Neraka yelah takpe... *Think! Think! Think! >,< 

"I’m trying to have you as my neighbor in Jannah. I’m trying to be your friend on the Day when friends will become enemies, except the righteous. I’m trying to be under Allah’s shade with you on the Day when He asks mankind, “Where are those who loved one another in My Glory”. I’m trying to stand next to you in the Hereafter. Side by side."

Till then,
Moga hati kita sentiasa kuat ya!^^
Salam rindu. :))

Sunday, 5 August 2012

syukran ya Ramadhan!


Assalamualaikum my little khalifah…

Rindu…
lama dah rasanya tak bersua kannn..
Recently, selalu disibukkan dengan perkara-perkara dunia… sedih, letih, tapi… tapi niatlah apa yg kita buat tu semua kerana Allah..moga Allah nilai usaha itu nanti… nanti… :')

Alhamdulillah, hari ni dah masuk ramadhan ke-16.. Syukur..Allah bagi peluang..
I love Ramadhan…time Ramadhan kita boleh tgok orang berlumba-lumba buat ibadah, buat sedekah, tadarus Al-Quran, solat sunat… indah! Tapi…..kena tgok juga, are we really do for the sake of Allah? Are we?

Tears….

Ramadhan ni jugak Allah hadiahkan 'sesuatu'… I'm hardly to say, am I qualified to receive 'this'?
Allah Maha tahu apa yg kita perlu.. Maha tahu apa yang kita mahu.. Tapi, Allah yg Maha berkuasa untuk beri apa yang kita perlu berbanding apa yg kita mahu..
Cinta & kasih Allah terlalu besar, lebih2 lagi bulan Ramadhan yg mulia ni.. Apa2 yg kita buat kerana Allah, mesti Allah bagi ganjaran.. MESTI…

Sepanjang Ramadhan ni jagalah hubungan kita dengan Allah.. Supaya keberkatan Ramadhan tu kita dapat..
Someone said …

Selagi kita merasakan Allah bersama dengan kita, kita tidak akan merasakan diri kita keseorangan. Bawalah Allah ke dalam hati kita. Biarkan setiap degupan jantung kita bersama dengan ingatan kita kepada-Nya. Sesungguhnya cinta kepada Allah itu terlalu mahal untuk kita jual beli, terlalu suci untuk kita kotori, terlalu setia untuk kita curangi. Kita jauh dari-Nya, Dia masih ada untuk kita.

Allah tak pernah buat kita sedih sekiranya kita betul-betul mencintai-Nya. Semua bebas mencintai-Nya, tiada yang cemburu, tiada yang mendengki untuk mencintai-Nya. Malah, ramai yang berebut-rebut untuk mendapatkan balasan cinta dari-Nya. Marilah kita menjadi hamba yang merebut cinta-Nya. -faten muhammad-

Jangan letih buat apa2 kerana Allah… Allah akan nilai nanti…
Syurga tu terlalu mahal… takkan kita tak nak buat apa untuk masuk ke sana?? *banyak cantekkk.. >,<
Perbanyakkan tadarus, solat sunat..InsyaAllah hati kita akan sentiasa tenang. Tak percaya? Cubalah dulu….. :))

"If you read the Quran with your head, you find repetition. If you read it with your heart, you find depth."~prof Tariq Ramadhan~

Okey… just one more thing I wanna say…

Everytime you feel hunger, thirst or headache while fasting, remind yourself and verbally say this to yourself; "oh Allah..this is for YOU.. "


Jaga diri, jaga iman ya…
Uhibbuki fillah…

Assalamualaikum….

Wednesday, 18 July 2012

Hadiah dari Allah


Assalamualaikum my little khalifah..
Seringkali kesabaran itu diuji
Sehinggakan satu hari nanti
Kau akan menangis semahumu
Bersujudlah…
Berdoalah…
Dan letakkanlah keikhlasan itu ke tempat yang paling tinggi
Dalam hatimu

Sememangnya
Ceria adalah lumrah
Apabila kehidupan berjalan lancar
Tetapi seseorang itu akan lebih dikagumi
Apabila masih mampu tersenyum
Ketika dirinya dilanda derita dan masalah

Demi sesungguhnya
Allah tidak akan menguji hambanya
Melebihi kemampuan mereka
Dan apabila itu terjadi
Itu ertinya kau kuat mengharungi cubaan itu
Sebagai bukti cinta Allah kepadamu
Juga sebagai bentuk penghapusan dosa..

jaga hati, jaga iman..
with L.O.V.E



Saturday, 30 June 2012

Jalan Pilihan Allah!


Assalamualaikum my little khalifah…
At last dapat jugak curi masa utk buat entry baru..Alhamdulillah..

Jalan pilihan Allah!
Alhamdulillah...Allah gerakkan hati saya untuk mendekati mereka. Mereka terlalu istimewa. Sangat istimewa di mata saya. Allah gerakkan hati saya untuk menyertai mereka. Actually lama dah hati ni teringin sangat nak join mereka dan bulatan gumbira! Tapi baru kini Allah gerakkan hati ini. Kali ni lebih kuat.

Jalan pilihan Allah!
Saya akui, bila saya sunyi, saya mula fikir tentang masa lalu. Tapi siapa yang tak pernah ada masa lalu yang pahit dan memedihkan. Pasti ada, walaupun satu!
Dan baru kini saya terfikir, mungkin dengan kesibukan ini, Allah cuba mengubat hati saya. Membiarkan saya terus melupakan tentang sesuatu yang patut saya lupakan…..

Jalan pilihan Allah!
Ya..kadang-kadang kita tak pernah faham apa yang Allah cuba aturkan untuk kita. Apa yang Allah sediakan untuk kita di masa hadapan. Tapi percayalah, suatu saat  kita kena yakin, jalan pilihan Allah ini akan indah pada waktunya..

Jalan pilihan Allah!
Alhamdulillah, dengan jalan pilihan Allah ini juga Allah kenalkan saya dengan erti jihad yang sebenar. Dengan jalan ini jugalah Allah pertemukan saya dengan mereka yang berjuang di jalanNya. Last week, kami baru lancarkan Kelab Aqsa Syarif KUIS. InsyaAllah, doakan kami mampu membantu untuk Palestin Tercinta. Kalau dulu saya hanya mampu membantu menembak doa untuk mereka. Saya betul2 mengharap kali ini saya membantu lebih dari itu. Insyaallah! :)

Ohhh, jari-jemari saya sepertinya sudah kehabisan baterinya.. Performance low akibat makan ubat selsema & batuk yang menyebabkan kengantukkan yang amat dasyat.. Haha.. *btw, ada ke ayat kengantukkan? Hentam sajalah.. :D

with my besties, Auji.. :))

cupcake Palestina... :))
"One Voice One Signature"
dan sepertinya banyak lagi gambar tak upload. Tapi saya bersyukur sangat, sebab sambutan amatlah menggalakkan. See, kat bahagian signature tu amatlah penuh. Suara2 jiwa muda bersama mesej keamanan yg mereka cuba sampaikan kpd rakyat Palestine..*sampai tak nampak sign I kat celah mana... haha.. :))

Syukran warga KUIS! Allahuakbar! :)))
Okeylah, ini hadiah untuk anda! ^^,

ayuh Mujahid! bangkit! :)
till then, Assalamualaikum.
jaga diri, jaga iman. 
Moga Allah redha. :))



Wednesday, 6 June 2012

Jalan ini masih panjang...


Assalamualaikum my little khalifah..


Ohhh, lame rasenye tak menjengah ke sini. Lately ni busy sket la sayang, banyak benda nak kena settle.
Yeahhh, Alhamdulillah baru selesai wedding abang. And next week need to prepare untuk test JPJ.. Oh NO! takutnyeeee… 


Phew! Rasenye kalau boleh boleh list semua benda yg kita buat dlm setengah tahun ni, tak cukup satu diary kannnn.. *sangat!
Kadang-kadang kena ketuk dengan ujian, kena hempap dengan masalah yang berbondon-bondon datang macam cendawan tumbuh lepas hujan.. *amboi..


Kejap!
Sebelum kita dok ceghita pasai masalah yang tak sudah tu, cuba kita pause kejap, and cuba kira berapa banyak kita ceghita pasai nikmat Allah yang tak pernah berhenti untuk kita. Bersyukurlah… kita tak mintak oksigen, Allah bagi kita oksigen utk kita bernafas. Kita tak mintak makanan, Allah bagi kita rezeki hari-hari utk kita teruskan hidup. Ada fikir semua tu? Errrr…… *terdiam


So, starting now, bila orang tanya: “how are you?” and we answered “Alhamdulillah”, it show how we praise Allah when we are HAPPY & SAD… jangan gembira je baru nak ingat Allah, dan jangan pula time sedih je nak mengadu kat Allah. Ingat. Ingat. Ingat yaaaa…… :D


Guess what, I found something dekat tumblr yang buat saya tersenyum lega,
belajarlah untuk hidup bahagia.
berlapang dada dengan ketentuan.
berdamai dengan kenangan.
belajarlah untuk bahagia.
bukan supaya orang lain bahagia.
tapi, supaya diri kamu sendiri yang bahagia.

And I found something more!













dan Allah lebih tahu, 
apa yang kita layak dapat, 
apa yang kita berhak dapat.
apa yang kita berhak kita miliki,
apa yang kita berhak kita rasai.

dan ingat!
bukan sahaja tentang apa, tapi bila!

lega? legaaaaa... :))
syukur. ALHAMDULILLAH!^^y

till then, 
Assalamualaikum.



p/s: dia datang lagi. btw, staying away from you is my personal jihad. Don't come near,I'll run away.... :")

Saturday, 26 May 2012

Dia yang bergelar HambaMU....


Aku kata “astaghfirullah” tapi hati masih gemar akan maksiat.
Aku kata “wa atubu ilaih” tapi jasad masih melakukan dosa sama.
Aku kata “wa nadimna ya Allah” tapi kesilapan lalu masih kuulangi.
Aku kata “subhanallah” tapi aku tidak mampu menghayatinya.
Aku kata “alhamdulillah” tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaanNya.
Aku kata “Allahuakbar” tapi cintaku lebih kepada dunia.
Aku kata “ma fi qalbi ghairullah” tapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal.


Aku kata “aku tak layak ke syurga, tapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka.
Aku kata aku ingin mendekatiMu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.
Aku malu dengan sepasang mata kurniaanMu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia.
Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal.
Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa..
Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa.


Deras air mata ini hanya Engkau yang tahu,
dan bila menangis, 
aku bersendirian, tanpa sesiapa disisi,
di malam yang sunyi,
air mata mengalir laju di pipi.
sendirian, berteleku, bermonolog dari hati, 
terus ke Rabbi.

via; tersenyum-melihat-langit.tumblr.com/





sabarlah sayang,
some walks you have to take alone...
with HIM by your side. :)



till then, Assalamualaikum.....
Ana uhibbuki fillah...



Tuesday, 22 May 2012

Bila kita....


dan bila kita menulis tentang cinta,
tak semestinya kitalah yang paling arif tentang cinta,
atau yang paling asyik dilamun cinta,
terkadang itu cuma expresi rasa, sebuah catatan tanpa makna, siapa tahu?
dan bila kita menulis tentang kesedihan,
bukanlah kita yang paling derita, dan paling kecewa.
terkadang itu cuma catatan rasa yang berlebihan, melampaui apa yang dirasai,
rintihan sekeping hati yang mungkin terlalu rapuh,
tanpa ilmu, tanpa iman.
dan bila kita menulis tentang harapan dan impian,
terkadang,
bukanlah kerana kita tak pernah putus harapan dan kehilangan impian,
tapi kerana kita mahu terus berharap yang baik, dan mengimpikan sebuah bahagia.
dan bila kita menulis tentang sebuah ketabahan,
bukanlah bermakna kita yang paling tabah,
itu cuma antara cara,
memujuk hati dan diri sendiri.
maka,
hakikat sebenar dibalik sebuah penulisan itu,
mungkin sukar difahami.
mungkin kerana ia lebih mudah diselami,
dari ditafsir dan dibuat andaian yang kita sendiri tak pasti.


credit to:  http://tersenyum-melihat-langit.tumblr.com/?scmmusicplayer=adrianshum#ixzz1vY6YNRZ6