Assalamualaikum my
little khalifah! :')
Rindu…
Alhamdulillah, Allah
izin meneruskan perjalanan ini. Kadang rasa susah. Kadang rasa payah. Kadang
rasa tak kuat. Kadang rasa berat. Tapi, pasti akan ada sesuatu atas apa yang
kamu usahakan. Teruslah percaya. Teruskan berpegang. Bepegang pada tali ALLAH!
Pandang kanan, ada
yang tersenyum. Pandang kiri, ada yang menangis. Pandang belakang, ada yang
gembira. Pandang depan , ada yang bersedih. Inilah kehidupan. Kehidupan seorang
manusia.
Dah lama rasa tak
tadabbur Quran. Mungkin inilah sebabnya manusia hilang rasa ketenangan. Hilang
pedoman. Hilang panduan. Ini tak boleh jadi. Tak boleh.
Dan baru-baru ni
saja, kita digemparkan dengan berita serangan di Gaza. Sebenarnya benda ni
bukan baru. Lama dulu dah berlaku benda ni. Tapi kini makin memuncak.
Masyarakat dunia BARU aware. Kasihan sungguh nasib rakyat Gaza. Tapi,
sebenarnya kita yang patut lebih kasihan.
Look,
sekurang-kurangnya kematian mereka, kematian penuh mulia. Kematian kerana
mempertahankan agama. Memuliakan agama. Meninggikan agama. Sudah tentu-tentu
Allah meninggikan darjat mereka di Akhirat kelak. Sudah tentu-tentu mereka akan
menghuni Syurga yang abadi itu. Merekalah kalangan SYUHADA'...
Tapi...
Kita?
Bagaimana?
Dimana?
Apakah kita layak
menjadi penghuni Syurga? Apakah nasib kita nanti? Apakah kita mampu
menjangkakan nasib kita nanti?
Entah, saya sendiri
tak mampu jawab soalan ni.
Entahla, kita ni
kadang-kadang dengan nafsu dan perasaan sendiri pun boleh kalah, apatah lagi
nak pergi berjihad kat Palestin.. Fuhh, peluh besar agaknya.
Tapi Allah Maha
Tahu, ditimpakan ujian sesuai dengan kemampuan hambaNya. Allah tahu, rakyat
Gaza kuat dan mampu menghadapi ujian sebesar itu.
Bila kita disini
tidak diuji dengan ujian besar itu, ambil hikmah daripadanya. Mungkin Allah
masih mahu mendidik diri kita, ibarat mendidik anak kecil bertatih. Mahu
membentuk kita menjadi insan yang lebih baik. Perlahan-perlahan. Tapi berkesan.
Tak dinafikan, tika
ini juga, diri masih berperang dengan perasaan sendiri. Moga-moga Allah kuatkan
hati ini. Moga-moga.
Percaya dan teruslah
percaya.
…………………………………………………………….
Isbir ya Qalbi,
Ujian ini kecil
sayang,
Allah sentiasa
bersamamu. :')
Till then,
Assalamualaikum...
<221112>
Isbiri ya Shohibati..
ReplyDelete