Monday, 12 November 2012

Erti Bahagia...


Assalamualaikum my little khalifah..
Rindunye kat awak!^^

Alhamdulillah.. Last Saturday baru je dapat result final exam semester 6. And Alhamdulillah sangat-sangat dengan apa yang Allah bagi ni. Even Mama pun nanges. Sweet kan Mama sy.. Heeee.. :))
Bahagia sangat dengan hadiah yang tak disangka ni. Bahagia sangat bila dapat gembirakan Mama, family and myself. Tapi adakah erti bahagia tu kita boleh nilai hanya dengan result yang gempak-gempak, kehidupan yang kaya-raya, duit yang berlonggok-longgok?? Hanya dengan itu saja? Ohh, pada saya TIDAK.

Ya, TIDAK hanya dengan itu.

Sebab, itu hanya kegembiraan di dunia sahaja sayang. Tak akan kekal. Tak boleh bawak masuk kubur pun. I've deep thinking on this things. Lulus exam kat Dunia tak menjamin pun kita mampu lulus exam kat Akhirat kelak. Kalau kat dunia, you get straight A's and 4flat dah boleh dah buat mak ayah bangga. Tapi kat Akhirat nanti tak tahu mak ayah kita mampu berbangga tak ada anak macam kita sebab BEKALAN and PAHALA kita ni entah cukup entahkan tidak.

Nanges.

Dulu ustazah selalu cerita, kalau kita tak buat apa yang Allah dah perintahkan pada kita, mak ayah kita akan disoal dulu. Kita kena sedar kita ni AMANAH yang Allah dah anugerahkan pada mak ayah kita. Tak sedih ke bila mak ayah kita dipertanggungjawabkan atas sebab kita tak tutup aurat, pergaulan tak jaga, tak solat lima waktu, puasa Ramadhan main aci mana sempat sahur je. Tak sedih ke? Nak anak kita buat macam tu kat kita nanti? Sure tak nak kan...

Rindu arwah Abah.

Kebahagiaan yang Allah datangkan dalam hidup kita ni Allah datangkan dalam pelbagai bentuk. Cuma kita yang tak perasan. Cuna kita yang tak nampak. Bahagia tu kita boleh capai tanpa perlu tunggu hidup mewah, kaya raya. Tak perlu. Ia boleh datang dalam bentuk ketenangan jiwa, keluarga yang saling berkasih-sayang, teman yang saling mengingatkan dan mendoakan. Bahagia bukan? :)

Senyumlah sayang. Jangan kau resah kerna DUNIA. Remember…

"Sesungguhnya Kami telah menjadikn apa yang ada di bumi sebgai prhiasan baginya, utk Kami menguji mereka, siapakah diantaranya yg terbaik prbuatannya. " [ al-Kahfi: 7]

Dunia ni adalah ujian. Hidup ni pun ujian. Nikmat pun ujian. Allah uji sebab Allah tahu kita mampu. Cuma kita kenalah kuat sikit. Tak boleh lembik-lembik. Jangan lemah-lemah. Kena tough-tough. Wohoooo.. :D

Maybe being broken to pieces is sometimes a good thing.. It gives you the chance to build yourself up the way you always wanted to be; Stronger. Tougher.

Berbahagialah dengan Rahmat Tuhan ya! :)




Till then,
Jaga diri, jaga iman.
Didik diri, dekati Rabbi.
Manissssss, ^^

No comments:

Post a Comment