Assalamualaikum my
little khalifah…..
Tetibe pagi ni
tergerak nak buat new post untuk sang Adam… ^^,
Adam,
Awak
yang Allah pilih untuk saya..
Awaklah
yang bakal mememiliki sebahagian hati saya selepas DIA dan Rasul…
Siapa
awak? Di mana awak? Hanya DIA yang tahu…
Sebelum
waktunya tiba, saya berdoa moga hati saya dilindungi olehNya..
Memang
benar, saya tidak sempurna, mata ini mungkin saja saya bisa tertarik pada
rijal-rijal di luar sana, mulut ini mungkin saja berbicara tentang mereka,
telinga ini mungkin saja mendengar apa-apa saja yang diperkatakan tentang
mereka…
Tetapi,
yakinlah..hati ini cuma untuk Adam yang telah dipilihNya untuk saya…
Jujur
saya katakan, pernah juga hati pernah juga tersasar daripada matlamat tuannya…
Tapi
saya yakin, cinta yang hadir sebelum ini hanyalah ujian dari Tuhan buat saya…
Kawan
saya pernah kata:
"... kalau awak tgh diuji dengan ujian
cinta olehNya, tak mustahil si dia ( my future husband ) pun tgah duji dgn
perkara yang sama, cause you are a part of him…awak kan tulang rusuk dia yang
hilang tu…"
Owh…
iyeke… hanya mampu tersenyum… :))
Hakikatnya
saya memang mudah menyayangi dan mengasihi… itukah CINTA?
Pada
saya, cinta itu hanyalah untuk DIA, Rasul dan si dia yang halal buat saya…
Dan
saya sentiasa berdoa moga awak mencintai saya selepas DIA dan Rasul..
Amiiinnn.. :))
Saya
petik kata-kata Amni Sorfina dalam novel Stanza Cinta…
"Aku mencintai lelaki yang mencintai
Tuhanku"
Moga
awak sentiasa mendekatkan diri padaNya…
Dan
janganlah awak mencintai manusia lebih dari awak mencintaiNya…
Saya
doa moga Allah selalu menjaga awak. Saya tak tahu siapa awak, kat mana awak,
tapi InsyaAllah…sampai masa akad halal itu akan mempertemukan kita…
InsyaAllah,
when the time comes. I'll be ready.. InsyaAllah…
...Ya
Rabbul Izzati.. Temukanlah kami dalam keadaan yang mulia dan diredhai olehMU….
Amiinn…
Moga
cinta untuk dia ini kerana DIA….. :')
Till
then, assalamualaikum……
-khamis,12April2012, 6.30pagi-
No comments:
Post a Comment