Friday 22 November 2013

Jejak-jejak Ke Syurga..

Lama.
Sudah terlalu lama aku di perhentian ini.
Entah apa yang aku tunggu.
Berteleku. Mengimbas memori-memori lalu.
Ada air mata yang masih bersisa.
Ku kesat.

Lemahnya.
Berusaha mencari kekuatan.
Yang-hilang.

Mana perginya?
Lesap.
………………..

Bonda bilang,

"Hati yang baik adalah hati yang sentiasa berhubung dengan Allah".

Manik-manik jernih mengalir.
Kekuatan yang dulu pernah terwujud.
Ku kumpul.

Pada hakikatnya, kita tak selalu kuat.
Kita cuma memilih tidak terlihat lemah dimata manusia.
Sedang dihadapan Allah, tanpa segan silu, kita mengaku bahawa kita sudah sangat tidak mampu.
Dengan linangan air mata dan rintihan tanpa suara.

Dan sekiranya manusia tahu, apa yang kita lalui.
Mereka justeru akan mengerti, mengapa kita begini.
Lalu, mereka akan mensyukuri apa yang mereka miliki. Pasti.
Percayalah, aturan Allah itu baik dan membaikkan.

"Dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu, ya Tuhanku" [Maryam:4]

Redhalah dengan ketentuan.
Syukurlah dengan pemberian.
Sabarlah dengan ujian.
Tetaplah dalam pengharapan.
Sungguh, Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

Allah Ta’ala is never blind to our tears, never deaf to our prayers, and never silent to our pain. He sees, He hears, and He is never too far.

Pujuklah hati kita dengan kalam-kalam indahNya.
Karena.
Seindah mana lagu tercipta.
Sehalus mana pujukan manusia tentang cinta.
Takkan menyamai sempurna seruan ayat-ayat cinta dariNya.
Selalu saja mendamaikan hati yang biasa dengan luar biasa caranya.

Teruslah melangkah.
Biar payah.

Karena.
Ini-
      Lah.
Jejak-jejak Ke Syurga.
…………………..


Salam Cinta. :')

Saturday 28 September 2013

Jiwa yang hilang, Kembalilah!

Assalamualaikum little khalifah..
Rindu.
Terasa banyak benda nak diluah.
Namun, serasanya bicara mati sebelum terluah rasa.

Hati kita ini, kadang terlalu memendam.
Simpan segalanya diam-diam.
Hidup yang ceria menjadi kelam.
Mungkin terlupa mencari ketenangan di sepertiga malam.

Kadang rasa tak mampu bertahan.
Langkah kian perlahan.
Air mata tak tertahan-tahan.
Mengalir laju tanpa kehendak tuan.

Seriously, hati kita ini bukan kuat mana.
Kalaulah doktor bedah keluarkan hati kita, kena pijak hancur kot.
Tapi, inilah, istimewanya hati, Allah letak di dada.
Agar dekat sentiasa dengan tuannya.
Hadiah terindah Tuhan buat hambaNya.
Pemilik segala rahsia juga jiwa.
Senyum.
Feel blessed kan? :)

Jangan bersedih dengan ujian Allah,

"Ingatlah, yang menulis ujian atasmu adalah yang menulis nikmat untukmu. Percayalah, andai bahagia itu bukan milik kita di dunia, Allah pasti menyimpannya di sana, kerana DIA tidak pernah menzalimi hambaNya" 

Walau apa jua, terimalah seadanya. Allah terlalu sayangkan kita.
Kena ketuk dengan ujian sekali sekala apa salahnya.
Terima saja. Terima saja.
Dunia bukan tempat untuk orang manja.
Dunia menjadi ladang untuk kita membenih pahala membaja jiwa dengan segala cintaNya.
Untuk apa?
Untuk pulang ke tempat asal kita.
Mana?
Syurga sayang.
Syurga.

Hmm.
Kita yang muda-muda ini dah merengek macam-macam kat Tuhan, mintak Tuhan mudahkan jalan.
Kau pernah fikir tak ujian apa pakcik tua umur 40 tu dah berdepan?
Huisshhh, dah berlori-lori agaknya ujian.
Sebab itu, orang tua-tua umur 70 tahun larat lagi nak bangun malam, dating dengan Tuhan.
Something yang jarang-jarang orang muda lakukan.

Ingat ini.
Pesan pada diri.
Pesan pada hati.
Kita bakal punyai suami.
Kita bakal punyai isteri.
Kita bakal punyai generasi sendiri.
Anak-anak yang bakal lahir dari rahim kita ini.
Anak kecil itu bakal punyai abi, bakal punyai ummi.
Adakah kita dah sedia wahai diri?
Berdepan ujian yang lebih besar nanti?
Jangan sampai kita menyesal bila dah tua nanti.
Menyesal dah tua okay lagi.
Kalau dah sampai masa Izrail menjemput diri sekarang ini, mana nak lari?
Mana nak lari?
Kembalilah, raih Ilahi.
Baiki diri. Baiki hati.

Benar, kadang-kadang kita tak pernah faham apa yang Allah cuba aturkan untuk kita. Tak pernah tahu apa yang Allah sediakan untuk kita di masa hadapan. Tapi percayalah, suatu saat  kita kena yakin, jalan pilihan Allah ini akan indah pada waktunya. Percaya dan terus percaya.

Kuat ya.
Fi hifzillah.
………………..


Pada Engkau Tuhan Yang Satu.
Tenangkanlah hari-hariku.
  

Wednesday 24 July 2013

Ramadhan, Aku datang!

Assalamualaikum little khalifah.
Apa khabar sayang?
I'm not feeling well today.
Erghh. Bad. This is bad.
Moga Allah menitipkan penawar.

Ramadhan sudah berganjak harinya.
Makin tiba ke kemuncaknya.
Fasa dua menjengah tiba.
Bagaimana pula kita?
Apakah hati dan jiwa kita sudah bergerak sama?
Atau masih di takuk lama?
Diam. Diam. Tiada jawapan.

Allah...
Ramadhan ini banyak mengajar manusia.
Andai selama ini syaitan dipersalahkan bagi segala tingkah dan perbuatan.
Ramadhan inilah menyingkap sisi kehidupan seorang insan.
Baiknya dia. Buruknya dia.
Terbongkar semua.
Jika tewas, maka nafsu menjadi raja.

Kita ini pun…
Sebenarnya bukan hebat mana.
Sebenarnya bukan kuat mana.
Mungkin saja ada air mata yang mengalir saat diri jauh dari Tuhan.
Ah. Mungkin ada saja antara kita yang menjadi si pendoa tegar.
Siang malam merengek pada Tuhan.
Minta Tuhan mudahkan jalan.
Minta Tuhan kuatkan iman.

Kuatkah kita bila Tuhan bentangkan sedemikian ujian?
Kuatkah kita bila Tuhan lemparkan sedemikian dugaan?
Kalau ikutkan mahu saja hati berkata TIDAK.
Aku tak kuat, Tuhan.
Aku tak kuat.

Lalu,
Ramadhan inilah Allah menitipkan penawar buat jiwa yang keresahan.
Ramadhan inilah seruan untuk kembali pada Tuhan.
Ramadhan inilah  peluang mencari cinta yang pernah hilang.
Ramadhan inilah hati berlari menjejak Syurga idaman.
Dan.
Ramadhan ini tawaran Tuhan ganjarannya melebihi seribu bulan!
Allah. Allah. Allah.

Ramadhan inilah kita nak fight back segala jenis jahiliyyah yang dah melekat kat badan.
Ramadhan inilah kita nak buang segala jenis jahiliyyah yang syaitonirrajim dah ajar 11 bulan.
Jangan pulak kita puasa-puasa aci bedal tidur pagi sampai petang.
Konon penat gaya tak makan sebulan.
Jangan ditunjuk-tunjuk perangai yang di benci Tuhan.
Cukuplah 11 bulan kita hidup dalam jahiliyyah yang menyesatkan.
Cukuplah wahai insan!
Bangunlah dari kegelapan!

Ramadhan inilah kita nak latih diri jaga pandangan.
Jaga percakapan.
Jaga tindakan.
Dan jangan sibuk-sibuk nak kata orang puasa ni mulut harum bak kasturi kalau dari pagi sampai petang membebel yang yang bukan-bukan.
Bercakap yang sia-sia.
Jenis yang mulut harum semerbak kasturi itu jenis mulut yang berzikir pagi petang.
Kumat kamit dia penuh pahala.
Gerak bibir dia terjaga.
Tak berzikir, dia mengaji, menutur kalamNya.

Gituuuu..

Ingat.
Derapan langkah menuju redhaNya itulah yang menjadi nilaian Tuhan.
Jangan berhenti.
Teruslah melangkah.
Biar lambat.
Selagi sempat.
Biar selamat.
Dunia Akhirat.

RAISE YOUR IMAN FOR A BETTER RAMADHAN!
RAMADHAN, AKU DATANG! ^_^

…………………………………..

Moga Allah redha.

:')

Jejak-jejak ke Syurga!

Saturday 13 July 2013

Hidup. Apa kau mahu?

Assalamualaikum little khalifah.
Rindu gila nak share macam-macam. Ini serius.

Lately hati macam tak berapa sihat.
Syafakillah wahai hati.
Pulihlah!
Pulihlah!

According to the title given, I wanna talk about  life.
Peh, gaya macam nak jawab soalan MUET.
Come on dieba, be serious. -,-'

Life. Hidup.
Seriously hidup kita berbeza.
Ada yang nun jauh di atas sana.
Ada yang kat ceruk hujung sana.
Kita tak boleh atur hidup sesuka hati ikut kehendak kita.
Siapa kita?
Kita cuma hamba.
Yang mengatur segala-galanya hanya Dia.
Dia yang letak kita kat mana kita ada sekarang.

Kita selalu harap hidup kita akan menjadi tenang, aman, damai.
Kan? Kan?
Tapi, tanpa seribu macam ujian yang kita tempuh, kita tak akan faham apa erti HIDUP.
Ya.
Hidup!
Kita mengharap yang baik-baik saja datang kat kita.
Yang buruk-buruk rasa nak tolak tepi. Shuh Shuh Shuh…
Hey, I tell you what, Allah dah mention dalam Al-Quran lama dah,

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " [Al-Baqarah:216]

Belajarlah. Belajar erti redha.
Bukan cuma untuk hari ini.
Untuk akhirat sana sayang.

Dunia ni ibarat R&R tepi jalan tu.
Kita cuma singgah sekejap saja.
Sekejap. Tak lama.
Masih rasa nak main-main?
Kita hidup pun belum tentu lama.
Jangan gembirakan hati kita dengan perkara yang Allah tak gembira melihatnya.

Kita bakal punyai suami.
Kita bakal punyai isteri.
Kita bakal punyai generasi sendiri.
Anak-anak yang bakal lahir dari rahim kita ini.
Anak kecil itu bakal punyai abi, bakal punyai ummi.
Adakah kita dah sedia wahai diri?
Jangan sampai kita menyesal bila dah tua nanti.
Menyesal dah tua okay lagi.
Kalau dah sampai masa Izrail menjemput diri, mana nak lari?
Mana nak lari?
Kembalilah, raih Ilahi.

Jadi muslim, ucap syahadah. Mungkin mudah.
Tapi nak jadi mukmin, super payah.
Jadi muslim dan mukmin jangan lemah.
Jalan menuju Tuhan itu tak pernah mudah.
Biar payah.
Biar goyah.
Semua itu kerna Allah!
Kerna Allah! :')

Buanglah karat-karat jahiliyyah yang merosak hati dan jiwa.
Manisnya iman itu terbit kala karat-karat Jahiliyyah itu makin menjauh.
Dan manisnya iman itu dapat dirasai sepertimana yang disebut dalam Hadis Rasulullah s.a.w (Bukhari dalam bab Halawatul Iman)

" Tiga perkara yang mewujudkan kemanisan iman adalah bilamana kita mencintai Allah dan Rasulnya lebih daripada kita mencintai makhlukNya, dan bilamana kita mencintai sesuatu hanya kerana Allah, dan bilamana kita membenci kekafiran sepertimana kita benci bila dicampakkan ke dalam api Neraka."

Moga kita mampu menggapainya.
Amin.

Seriously, bukan mudah nak gapai halawatul iman.
Dan bukan mudah nak jadi mukmin super hebat.
Kita mungkin jatuh.
Kita mungkin tersadung.
Kita mungkin terseliuh. Eh! ^^
Mukmin tidak akan jatuh lubang yang sama dua kali, jadi kalau ada mukmin yang jatuh lagi buat kali kedua, maybe itu kategori mukmin in the making. Kali ni  punya jatuh, bangun balik. Hee. ^^

…………………………….
Moga Allah redha.
Aku sayang kalian.
:)


Thursday 30 May 2013

Walkaway..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum little khalifah..

Lama dah rasanya tak cot cet kat sini.
Entahlah.
Dalam hati dah cukup parah rasanya, cuma tak terluah dek kata-kata.
Dah habis positif dah kadang-kadang tapi dek kerana liciknya syaitonirrajim, iman ni tergugat jugak.
Perghhh.
Rasa macam nak lari somewhere.
Tapi ke mana? Jauh mana nak lari tu?
Allah dah sebut dalam surah al-Hadid,

"Dan Allah bersama kamu di mana saja kamu berada." [al-Hadid:4]

See, nak lari mana?
Allah tak pernah tinggalkan kita walau jauh ceruk mana kita lari.
Kuatlah. Kuatlah. Kuatlah.
Sometimes kita memang kena face benda-benda macam ni.
Life is endless stuggle rite?
Keep moving on.
Kadang bukanlah syaitonirrajim tu kuat sangat, cuma iman kita saja yang lemah.
Handphone pegi kedai boleh upgrade.
Kereta pergi workshop boleh upgrade.
Nah, bila pulak iman kita nak upgrade.
Jadi, berbaik sangka lah dengan aturan Allah.
Tak sikit, banyak mesti segala bagai ujian dan dugaan inilah tools untuk kita upgrade iman kita yang dah jatuh tergolek gedebak gedebuk.
Untung aje tak masuk gaung, masuk gaung tepi bukit boleh jugak minta bomba tolong selamatkan.
Dah tu kalau masuk gaung Neraka siapa nak tolong oiiii.

Remember this,

tiada ketentuan yang sia-sia.
tiada ujian yang melebihi kemampuan kita.
tiada duka yang tersembunyi dari penglihatan-NYA.
tiada air mata yang kering tanpa pengetahuan-NYA.

Dan bila kamu sudah kehilangan sebab untuk tetap bersabar,
Maka pujuk hatimu,

"Dan kerana Allah, bersabarlah" [al-Muddatsir:7]

Jadikan setiap ujian itu hadiah dari Allah. All of difficulties yang kita tempuh ada hikmah. Semua itu untuk preparation for our future. Setiap ujian buat kita kuat. Percayalah, kullu minnaAllah sayang. Kullu minnaAllah.

belajarlah untuk hidup bahagia.
berlapang dada dengan ketentuan.
berdamai dengan kenangan.
belajarlah untuk bahagia.
bukan supaya orang lain bahagia.
tapi, supaya diri kamu sendiri yang bahagia.

Bukankah ujian itu tanda cinta dari Tuhan?
Jadi, janganlah sedih berpanjangan.
Walkawaylah dari kemurungan dan kesedihan.

Maybe being broken to pieces is sometimes a good thing.. It gives you the chance to build yourself up the way you always wanted to be; Stronger. Tougher.

Dan yakinlah, dalam hidup ni tiada sad ending. Melainkan kita sendiri yang mencipta sejarah hitam dalam hidup kita sendiri.
Cuma, kebahagiaan itu masih tertangguh dek maksiat dan kejahilan yang masih melekat dalam diri kita.
Every soul has a past.
Every soul lives a present.
And I really really sure, every soul deserves a future.
Perbaiki hidup.
Itu lebih baik dari meratap kenangan yang tak mungkin berulang.

Jalan ini masih panjang.
Entah bila kita akan dijemput pulang.
Persiapkanlah bekalan.
Bekalan menuju redha Tuhan.

Wahai jiwa yg tenang (iaitu jiwa yg beriman). Kembalilah kepada Tuhanmu dgn hati yg redha dan diredhaiNya. [Al Fajr: 27-28]

WALKAWAYLAH! :')




Wednesday 1 May 2013

Shine bright like a Diamond!


Assalamualaikum little khalifah..
Lama dah rasanya tak bercerita dengan my little khalifah ni.
Rindu tau tak? Hee…

Em, lately macam-macam jadi. Nak cerita pun tak tahu nak start dari mana.
Tapi kugagahkan jua jiwa dan raga menelan pahit getir hidup ni.
*Fuh! Macam besar sangat je dugaan kau diebaaaa..

Besar?
Emm, taklah besar sangat. Besar lagi dugaan bebudak kat Syria dan Gaza.
Panggggg! -,-'

Tapi kan Allah dah sebut dalam Al-Quran, tidak akan Allah timpakan sesuatu itu kalau orang itu tak mampu. Haaa…
Itu maksudnya kita mampu bertahan atas tiap apa yang Allah timpakan.
Allah lebih arif dan tahu tentang kita.

Each of us mesti pernah rasa down, give up tahap tak mampu nak bangun dah, tergolek tahap nak jatuh gaung dah.
Memang susah. Memang payah nak gather all strength after many falls.
Siapa kata mudah?
Tapi Allah tak pernah tinggalkan kita sorang-sorang.
Kekecewaan dan kesedihan yang kita lalui mendekatkan kita pada Dia.

Naqibah pernah kata,

"Air mata yang mengalir kerana kita insaf dengan perbuatan silam kita, nanti air mata tulah yang akan menjadi saksi kat akhirat kelak. Air mata itulah jadi bukti dan yang akan membela kita kelak."

Masha Allah! Miracle kannnnn..
Itulah kuasa Tuhan.

Kita tak boleh terlalu yakin bahawa hidup ini akan berlaku macam yang kita nak.
Hidup kita bukan telenovela.
Punya hero dan heroin yang akan membela kita. Menyelamatkan kita.
Berpihaklah di bumi nyata.
Yang akan menyelamatkan dan membela kita hanyalah amal soleh kita.
Bukan si dia yang tidak halal untuk kita tu. Bukan.
Bukalah mata. Pandanglah dengan mata dan jiwa.
Boleh jadi yang kita tak suka itu baik untuk kita, dan boleh jadi yang kita suka itu buruk bagi kita.
Kita tak tahu masa depan.
Kita merancang, Allah yang menentukan.

Yeap,
Kita mungkin boleh menjadi penulis terhebat untuk novel cinta impian kita, tapi kita tak akan pernah jadi penulis untuk takdir hidup kita.
Semuanya dah tertulis di Luh Mahfuz.
Kekuatan tu mungkin tak datang sekarang. Mungkin makan masa. Lama?
Tak apa. Tunggu lah.
Mohonlah selalu pada Dia moga Dia mengaturkan sebaik-baik kehidupan buat kita.

Dan kadangkala Allah hantar a few people untuk menguji kita. 
Nak tahu setabah mana kita berdepan dengan ujian dariNya. 
Hati resah.
Jiwa parah.
Iman goyah. 
Arghhh! kadang rasa nak jerit-jerit luar tingkap. 
Tunjuk stress. 
Tapi itukah akhlak mereka yang punya iman?
Itukah akhlak mereka yang punya Tuhan? 
Itukah akhlak yang Rasulullah tunjukkan?
Bukan begitu. Bukan.

Allah dah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 153.

Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu[99], sesungguhnya   Allah beserta orang-orang yang sabar.  [al-Baqarah:153]

Redhakan hati ya, ingatlah janji Tuhan dalam surah Al-Fajr,

"Wahai jiwa yg tenang, kembalilah kpd Tuhanmu dgn hati yg redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dlm golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dlm SyurgaKu." [al-Fajr:27-30]

Teruslah percaya.
Allah pasti mentakdirkan yang terbaik buat kita.
Jangan sedih. Buanglah duka.
Kita ada Dia. Kita milik Dia.
Sampai bila-bila. Bila-bila.

Ayuh, genggam tangan bersama,

"SHINE BRIGHT IN THE EYES OF ALLAH!"


Wednesday 10 April 2013

Hadiah buat Enti...


Afiq Haziqi buka lembaran  Al-Quran. Dibacanya tafsir naskhah cinta dari Tuhan satu persatu.
Itulah sumber kekuatannya tika hati dirundung duka. Air mata mengalir tanpa dipinta.
Benar, kalamullah mampu menggetarkan hati mereka yang benar-benar yakin dengan janjiNya.
Tafsiran surah Al- Hadid meresap ke hatinya,

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang Yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) Yang diturunkan (kepada mereka)? dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang Yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa Yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang Yang fasik - derhaka." [Al-Hadid: 16]

Allah.
"Apa yang telah aku lakukan sepanjang hidupku Tuhan? " bisik Afiq pada dirinya.
"Apakah aku mengambil mudah peringatanMu Tuhan? " bisiknya lagi seakan merintih.
Mengimbau kembali peristiwa beberapa bulan lepas buat hatinya gundah.
Membuat keputusan yang paling payah.
Keputusan yang membuat hatinya goyah.

Takdir Tuhan siapa sangka.
………………………………………………..

"Assalamualaikum, enti Amni Nadhirah?" tanya Afiq.

"Waalaikumsalam, ya saya. Enta siapa?" balas Amni .

"Ana Afiq Haziqi. Pengarah program Tautan Hati ni. Enti Timbalan Pengarah kan? " tanya Afiq mesra.

"Ohh, maafla. Ana tak familiar lagi dengan AJK program ni. Asyik terlupa saja." malu-malu Amni menjawab.

"Tak apa. Selamat bekerjasama ya." balas Afiq ringkas.

Mata bertemu. Senyum bertaut.

Pertemuan dan perpisahan itu aturan Allah.
………………………………………………………

Hubungan Afiq dan Amni kian erat sejak itu. Hanya bicara mesra menghiasi pertemuan.
Maka sejak itulah program "Tautan Hati" mengikat hati mereka.
Ah, syaitan mahu berdiam dirikah?
Huh, tika ini lah sang syaitan durjana mengorak langkah.
Mulanya dari pesanan ringkas.
Pertemuan demi pertemuan diatur umpama belangkas.
Bila ditegur, jawabnya ringkas,

"Kami hanya bertemu untuk berbincang. Tiada apa-apa"

Sedang gelojak hati hanya Tuhan yang tahu.
Syaitan bersorak riang.
Manusia itu kini dalam tawananku.

Bila hati mengikut nafsu, manusia lupa Tuhan yang Satu.
………………………………………………………………

Hati Afiq tak tenteram. Entah apa yang mengganggu jiwanya.
Lebih tepat. Batinnya.
Serasanya, solatnya tak pernah tinggal. Bacaan Qurannya masih menjadi kelaziman.
Apakah yang kurang? Bingung. Bingung.

Ya, kini Afiq baru sedar. Khusyuknya kurang.

Amni sering dibayangan.
Sering menjadi igauan.
Hatinya sudah ditawan.
Ditawan oleh Syaitan.

Air mata mengingati Tuhan menjadi teman.
……………………………………………………………………

Istikharah menjadi panduan tika hati tak bisa membuat keputusan.
Menyesalnya tak sudah. Serasa jauh dari Tuhan.
Jauh.

Dia lupa, Allah sudah mengingatkan dalam Al-Quran,

" Ketahuilah Bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup Yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang)," [Al-Hadid: 20]

Tangis Afiq tak berkesudahan. Allah juga sudah mengingatkan dalam ayat yang sama bahawa,

"(Ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya."

Keputusan harus dibuat.

Bila hati rindu Tuhan, ingatlah janjiNya tak pernah mengecewakan.
…………………………………………………………………………….

Meskiku rapuh, dalam langkah.
Kadang tak setia kepadaMu, namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu.
Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu.
Dalam dada kuharap hanya, diriMu yang bertakhta…

[Opick, Rapuh]

Bait-bait lagu Rapuh diulang-ulang di hati.
Seakan menyesali khilafnya.

"Akh, ana banyak buat silap. Ujian hati ni hebat betul kan?" Luah Afiq pada naqibnya, Faiz.

"Enta, ini ujian buat enta. Allah tahu enta mampu. Kadang-kadang manusia merasa dialah paling hebat menahan ujian. Dialah yang paling kuat. Nah, sekali diuji, lain jadinya. Pada ketika itulah manusia baru sedar, yang Maha Hebat, yang Maha Kuat, hanya Dia. Hanya Dia." terang Faiz.

"Akh, ana kalah dalam perjuangan antara nafsu dan iman" balas Afiq sayu.

"Enta, enta belum kalah. Enta bangkit dari kekalahan demi mempertahankan iman enta. Allah tiupkan rasa itu dalam hati enta. Syukurlah. Sabarlah. Bertabahlah!" Faiz memberi semangat.

"Tapi, apa ana kena buat sekarang? Tinggalkan dia? Ana dah beri harapan pada dia. Ana buntu." pilu hati Afiq.

"Enta, setiap apa yang berlaku dalam hidup kita dah tertulis lama di Luh Mahfuz. Ia pasti terjadi jika ini takdirNya. Allah dah berfirman dalam surah Al-Hadid,
"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah." [Al-Hadid: 22]
See, Allah dah atur lama dah perjalanan hidup kita. Allah dah beri jalan, kitalah yang mencorakkannya. Fikirkanlah yang terbaik buat diri enta dan si dia." nasihat Faiz jujur.

"Insya' Allah ana cuba. Tapi tak kuat. Doakan ana akh." pinta Afiq.

"Allah pasti mudahkan. Syurga itu mahal maharnya. Lebih mahal dari mahar enta untuk si dia. Hehe. Gurau. Ingatlah janji Allah, lakukanlah demi Dia.
"Segala puji tertentu bagi Allah, Yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan Kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan Yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang Yang taat)". [Fatir: 34]
Kuatlah. Allah bersama enta." Faiz meyakinkan.

Kuatlah demi Dia.
………………………………………………………………..

Assalamualaikum Amni Nadhirah, ana ambil keputusan, ana tinggalkan enti dalam jagaan Allah. Biarlah kita sama-sama memperbaiki diri sehingga tiba saat yang pasti. Ana tak mahu kita jauh dari Allah.

Wahai insan yang mengeluhkan kerinduan yang tak bertepi, bersabarlah, kau pasti akan bertemu dengan yang kau rindu kelak. Pertemuan itu adalah hal yang pasti, maka sabarkan dirimu. Syahdukan dirimu dalam merindu, Dia pun juga merinduimu.

Andaikan cintamu, cinta yang sebenarnya,
Tentu engkau akan selalu taat kepada DiriNya,
Sesungguhnya orang yang mencintai,
Akan selalu setia dan taat kepada Kekasih-Nya.

Ana tahu, enti wanita solehah. Ujian hati ini ujian besar buat kita.
Enti istiqamahlah atas jalan pilihan Allah ini.
Pasti yang terbaik akan hadir buat enti.

Inilah hadiah buat Enti.
Fi Hifzillah,
Afiq Haziqi.
10 mac 2013

Yang tertulis itulah yang terbaik dariNya
…………………………………………………………………………

Takdir Allah tak terduga.
Perkara ajaib bakal muncul.
Nanti.
Pasti.
Siapa tahu?
Hanya Dia tahu.
Hanya Dia.
Teruslah percaya. :')



==================================
Rujukan:
Al-Quran
Kisah Cinta dalam Al-Quran karya Misbah Em Majidiy

Tuesday 9 April 2013

La Tahzan, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia..


Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.

Wanita,
Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.

Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
Bersyukurlah. Beruntunglah.
Dari jutaan, engkau pilihanNya.

Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.
Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.
Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.
Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.

Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya.
Ya, percaya.

Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.
Senyum.

Tapi terkadang ada masa kita jatuh.
Tak mampu nak bangun.
Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
 Just beside you.
 Selalu.
Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan. Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!
Tears.

InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.
Tak mudah. Siapa kata mudah?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.

Bukalah surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu.

" Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)" [Yusuf: 18]

Kesatlah air matamu.
Allah ada.
Allah tahu.

"Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati." [Al-Maidah:7]

Dan ingatlah,

“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-

La tahzan,
Jadilah wanita yang paling bahagia! :)

Tuesday 26 March 2013

Alhamdulillah, you're the chosen one!


Hujan di luar bagai mengerti hujan di hati...

Benar..
kadang-kadang kita tak pernah faham apa yang Allah cuba aturkan untuk kita. Tak pernah tahu apa yang Allah sediakan untuk kita di masa hadapan. Tapi percayalah, suatu saat  kita kena yakin, jalan pilihan Allah ini akan indah pada waktunya..

Hidup kita bukan seperti siri telenovela yang indah-indah belaka. Bukan. Pasti ada ketika kita diuji dengan sebenar-benar ujian. Even 'superheroes' pun ada ujiannya. Akan kalah dulu dan bangkit semula pada akhirnya kan. Biarpun kita tiada kuasa sakti. Tiada superpower yang kita miliki, untuk hilangkan segala keresahan hati. Tapi ingatlah, kita punya Allah. Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.

Setiap dari kita pasti pernah diduga. Saya. Awak. Dia. Mereka.
Allah uji ikut kemampuan kita. Allah tahu kita siapa.

And at the time HE takes everything from you, masa itulah Allah mahu kita kembali pada Dia.
Itulah tanda cinta Dia. Dia tahu kita sudah jauh dari Dia. Jauh.
Mungkin saja kita terlalu asyik dengan urusan dunia hingga kita lupa tentang Dia.

Nah..

Bila dah terjatuh, baru sibuk nak cari sejadah. Baru kenal erti tabah. Baru rasa menyesal tak sudah.
Tepuk dahi. Inilah padahnya bila hilang pertimbangan diri. Tak mahu dekatkan diri pada Ilahi.

Maka, sebab itulah Allah hadiahkan kita ujian. Supaya kita kembali dekat. Bertambah dekat. Dan selalu dekat dengan Dia. Janganlah ditangisi apa yang dah berlalu dan berlaku. Itulah yg menjadikan kita sekarang. Sama ada lebih baik atau lebih buruk, itu kita yg  tentukan. Perjalanan kita sebagai hamba belum berakhir.. Mungkin ini sekadar permulaan. Ambil iktibar dari apa yg berlaku.. Setiap orang buat silap dan setiap kesalahan yg kita buat, kita ambil iktibar darinya, itulah yg menjadikan kita lebih sempurna. Beruntunglah dan bersyukurlah.

Alhamdulillah, you're the chosen one!

Redhalah dengan apa yg diberi Ilahi, agar Allah juga redha denganmu. "Wahai jiwa yg tenang (iaitu jiwa yg beriman). Kembalilah kepada Tuhanmu dgn hati yg redha dan diredhaiNya". (Al Fajr: 27-28)

Remember this, hayat kita belum tentu panjang. Amal kita belum tentu diterima oleh Allah. Just makesure apa jua yang kita buat niat kerana Allah. Lillahi Taala. Jangan pernah sombong dengan kebaikan yang kita buat. Silap-silap tiada nilai. Ingat, hanya redhaNya yg kita mahu . Kita tak selamanya di atas. Kalaupun kita sentiasa dikurniakan harta yang banyak, mewah, syarikat yang maju, tapi tak akan ada makna kalau hidup kita tak bahagia dan hati tak tenang. Semua itu bergantung pada redha Allah terhadap kehidupan kita.

And suddenly found this words dalam buku Kisah Cinta dalam Al-Quran, karya Misbah Em Majidiy, saya petik kata-kata Asiyah, isteri Firaun:

"Seksaanmu tidak akan menggoyahkan diriku. Tuhan menjaga keimananku. Aku telah mengikrarkan keimananku kepadaNya, kasihNya telah memenuhi relung kalbuku. Kau boleh saja membakar seluruh jasadku, tapi kau tidak akan dapat membakar imanku. Imanku ada dihatiku, dan aku tidak akan bisa membakar hatiku. Kalau kau paksakan penyeksaanmu terhadapku, meski tubuhku terpotong-potong, cintaku kepada Tuhan tidak akan pernah pudar."

Subhanaallah, hebat sungguh ujian Allah padanya. 
Hadiah Syurga menjadi ganjarannya. 

Huh. 
Kita baru diuji sedikit sudah rebah tak mampu bertahan
Bagai hilang segala kekuatan.
Namun Syurga pula yang kita idamkan.
Rasa kerdil disisi Tuhan.
Fuhh..peluh besar. 

Teringat seorang sahabat pernah kata,

"Semua orang akan dikurniakan nikmat, tapi belum tentu semua diberikan rahmat. Ingat, nikmat itu ujian. Hidup itu pun ujian. Ujianlah yang menjadikan kita hambaNya yang lebih baik. Siapa percaya, dia berjaya. " -bff-

Jadikan setiap ujian itu hadiah dari Allah. All of difficulties yang kita tempuh ada hikmah. Semua itu untuk preparation for our future. Setiap ujian buat kita kuat. Man jada wa jada!

Percayalah, kamu istimewa dipandanganNya cause YOU'RE THE CHOSEN ONE!

----------------------------

Syukur.
Alhamdulillah.
Fi hifzillah ya.


Wednesday 13 March 2013

Di bawah LangitMU..


Assalamualaikum little khalifah..
Lama rasanya tak buat sesi luahan rasa. Seriously, rindu. Sangat.

Kawan kata kadang-kadang menulis ni boleh jadi terapi. Itu kawan kata.
Mungkin ada benar juga katanya.

Dear self, tolong jadi kuat ya.
Dulu kita tak pernah sangka ini jadinya.
Tak pernah duga.
Tapi inilah rencanaNya. Dia lebih tahu jalan cerita kita.
Menangislah jika itu melegakan kita.
Tapi kita perlu rasa syukur. Dalam berjuta manusia kat dunia, DIA pilih kita.
Ya, kita. DIA pilih kita untuk kembali padaNya.

Campaklah rasa gusarmu. Buanglah rasa gelisahmu.
DIA tahu. DIA Maha Tahu.
Kita cuma perlu tunggu.
Saat dan waktu.
Jaga imanmu. Kawal sabarmu.
DIA pasti menjagamu.

Sebelum kamu mempersiapkan diri untuk suamimu.
Solehahkanlah dirimu untuk ibu bapamu.
Kita masih milik DIA. Masih milik mereka.

Jangan hanyut dengan dunia.
Dunia ini persinggahan yang sementara.
Mati pun belum tentu bila.
Jangan rebah kerna manusia.
Hidup ini bukan untuk mereka.
Hidup kita ini milik DIA.
Sampai masa semua ini akan kembali padaNya.
Dah bersedia?

Serahkan semua padaNya.
Kita cuma perlu usaha.
Doa tiap masa.
Jangan pernah lupa.
Harus terus kuat ya.
Demi DIA.

…………………………….

Ya tuhanku, andai pernah bicaraku dan perlakuanku mengguris hati ibuku, aku mohon, ampunkanlah aku. Setiap detik, aku cuma fikirkan tentangnya. Bicaranya. Tawanya. Tangisnya.
Berikanlah aku waktu untuk menggembirakan hatinya. Aku cuma ada dia. Cuma dia.
Kabulkanlah doanya. Doanya agar aku dapat ke 'sana'.
Aku cinta dia. Hanya dia.
Tuhan tolong, jagakan dia. 
Lindungi dia di bawah langitMU... :')

Monday 4 March 2013

Aku ingin kembali padaMu


Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Tuhan,
Aku diuji lagi. Aku tak kuat ya Tuhan. Aku lemah.
Maka kau kuatkanlah aku.

Dalam solatku, aku hanya mampu menangis sepuasku.
Aku tahu. Hanya Engkau yang mengerti hatiku. Hanya Engkau.
Tak mampu ku lafaz satu persatu. Bicaraku kelu.
Langkahku kian layu.
Maka Kau kuatkanlah aku.
Dalam sujudku aku mengadu.
Pada Engkau Tuhan Yang Satu.
Tenangkanlah hari-hariku.

Aku tahu Engkau sayangkanku.
Namun hatiku belum mampu.
Belum mampu meredakan lelahku dengan ujianMu.
Aku hanya mampu menitip doaku dalam sujud terakhirku.

Ampunkanlah aku.
Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengampun dosa.
Aku ingin kembali padaMu.
Meski ku tak layak meminta ini dan itu.
Aku tahu.
Aku mohon berikanlah waktu.
Untuk ku kembali lagi kepadaMu.

Redhakanlah perjalanan hidupku.
Dulu pernah aku jauh dariMu.
Kini Engkau bawa aku kembali dekat padaMu.
Engkau sayangkan aku.
Hilangkanlah jalan hitam dalam hidupku.

Kini aku tinggalkan dia di bawah jagaanMu.
Aku belum mampu.
Belum mampu berhadapan dengan hambaMu itu.
Dia yang dulu pernah hadir dalam hidupku.
Biarku jauh dari hambaMu itu.
Biarku perbaiki diriku.
Jika dia benar untukku, aku yakin dia kan kembali kepadaku.
Dan jika bukan untukkau, maka Engkau aturkanlah jalan yang terbaik buat dirinya dan diriku.
Maka untuk itu, jagakanlah dia untukku.
Biarpun ada ketika rinduku hadir buat hambaMu itu.
Maka Engkau penuhilah hatiku dengan rinduku padaMu.
Kerna aku ingin kembali padaMu.
Jadikanlah hatiku redha dengan ketentuanMu.
Ku tahu ku adaMu.
Selalu.
Dihatiku.

……………………………………………………

21 Rabiulakhir 1434.
4 Mac 2013.
Tenanglah ya Qalbi, :')