Saturday 23 February 2013

Kuatlah, demi DIA...


Assalamualaikum my little khalifah..

Rindu gilaaaaa nak tulis panjang-panjang. Nak bebel tanpa henti. Yeaayyyyy.. Finally!
Seriously waktu sangatlah memcemburui. Time tulah nak buat thesis. Nak buat assignments. Nak baca kes. Nak buat notes. Nak tulis blog.. Eh! Haha!
Entahlah, lately macam-macam jadi. Nak explain satu-satu pun dah letih. Sedih. Pedih.
Memang tak sangka Allah akan uji gedebuk gedebak macam ni. Pada waktu sama. Saat yang sama.

Tapi. Tapi Tapi.
Kena ingat, everything yang Allah aturkan tu ada sesuatu yang Allah sedang rencanakan.
Siapa tahu?
No one knows.

Setiap apa yang Allah uji, about jodoh, sahabat, family, studies and everything ada hikmah.
Kalau diikutkan mahu je lari jauh-jauh dari sini and lupakan semuanya.
But, are you sure semuanya akan selesai?
Confirm, tak selesai. Confirmed.

What you have to do is, FACE IT!
Yeah, berdepanlah dengan masalah.
Masalah dan ujian tak pernah melemahkan. Malah menguatkan.
Berhentilah menangis.
Jangan rebah kerana manusia.
Tujuan hidup kamu adalah DIA.
Ya, DIA.
Kuatkan diri dengan S&S.
Bukan Syok Sendiri.
Bukan Senyum Selalu.
Bukan. Bukan. Bukan.
Kuatkanlah diri dengan SABAR & SOLAT.

I love this quote, and will always love it. Nah!

Kuatlah bila kita terpaksa tinggalkan kecintaan kita demi pilihanNYA.
Dan teruslah kuat bila kita terpaksa tinggalkan pilihan kita demi kecintaan kita padaNYA.


Jangan kamu merasa lemah dengan ujian Tuhan.
Ada sesuatu yang Allah sedang persiapkan untuk kamu di SANA.
Mana?
Di Syurga sayang.. ^,^

Perasaan kita kadang tak boleh dilayan sangat. Huh! kita ni kadang-kadang dengan nafsu dan perasaan sendiri pun boleh kalah, apatah lagi nak cabar diri pegi Gaza bagai. Karang kena gelak je dengan budak-budak kecik kat sana. Errrrr….=.=
Redhalah dengan apa yang Allah beri, supaya Allah redha dengan kita.
Syukurlah dengan ujian.

Wahai jiwa yg tenang (iaitu jiwa yg beriman). Kembalilah kepada Tuhanmu dgn hati yg redha dan diredhaiNya (Al Fajr: 27-28)

Percaya. Dan teruslah percaya.
Takdir Tuhan tiada siapa duga.

………………………………………………………

Teringin nak sambung cerpen yang dulu tu.
Huhu.
Moga Allah memberi jawapan dalam istikharahku.
Sayang kerana Allah.
-Biar mata tidak bertemu, namamu kusebut dalam doaku-

redhalah