Thursday 21 August 2014

Perempuan Besi


"Apakebenda alah?" telunjuk Farah tertuju ke softboard milik Ainin yang tertulis 'Lets be adamantium!' besar-besar.

"Farah, that one is indestructible metal dalam XMEN yang jadi tulang Wolverine." beriya Ainin menerangkan.

"So? "

"Jom ahh. Lets be adamantium!"

"Jadi besi? Kenapa la nak jadi besi?"

"Itu bukan semata besi tapi si besi yang keras, teguh, firm and tak mudah putus asa.
--Like, Saidina Umar al-Khattab."

Farah diam. Kagum barangkali. Pertama kali bait-bait itu menyapa telinganya.
Ya. Dia ingin jadi begitu. Ingin sekali.
Maka tidak hairanlah teman sebiliknya, Ainin suka benar tadabbur surah al-Hadid.

Al-Hadid. Besi.

…………………………..

Farah renung kaca tv. Ummah ini sedang tenat.
Dia  faham. Dia tahu. Dia sedar.  Ummah ini perlu dibantu.
Namun pertama-tamanya dirinya sendiri perlu dibantu. Perlu diubah.
Sis Yasmin Mogahed pernah berpesan ketika dia menghadiri program Observation of a Heart dulu,

"Change inside of ME first. Then you'll be able to change others."

Kalau dia jenis tak endah, boleh sahaja dia buat tak tahu, abaikan apa yang berlaku di luar sana. Tutup mata. Dan menjaga hanya dirinya saja. Titik.
Tapi, Farah tahu. Harga Syurga tidak semurah itu.

Menapak, sekali lagi.
Biar kecil langkah itu.
Biar lambat langkah itu.
Biar bertatih langkah itu.

Susah payah mengajarkan kita, hidup ini bukan mudah.
Keringat itu.
Air mata itu.
Luka itu.
Kan ber-ganti cinta.

Allah nilai usaha, kan?
……………………………

Farah tahu, dia ada tugas yang belum terlaksana.
Memikir tentang generasi selepas dia.
Mampukah dia? Kuatkah dia?

Terkadang menjadi kuat itu bukan mudah.
Kuat tahan nafsu. Kuat tahan marah. Tak lentur dek godaan.
Mampu?
Bertahan dengan semangat kecil yang dititip Tuhan.
Dan memperteguh jiwa saban hari bahawa janji Tuhan itu pasti.
Ianya bukan mudah. Bukan mudah.

Kadang Farah juga hampir putus asa. Hampir. Lupa bahawa Allah tidak pernah membebankan manusia dengan ujian melainkan yang semampunya.

Dan Ramadhan lepas terlalu banyak memberi pengajaran.
Perihal Gaza. Perihal Syria. Perihal Ummah.
Bagaimana mereka boleh seteguh itu sedangkan ujian mereka lebih besar?

            Tika shaum tidak dirasakan penat.
            Tika tilawah tidak dirasakan berat.
            Tika amal tidak pernah dilambat-lambat.
            Tidakkah kita mengambil iktibar?

Ah! (nafsunya memberontak)

Makannya di sini masih cukup. Minumnya di sini masih lancar. Tempat tinggalnya di sini masih nyaman.
Lantas untuk apa dia bersesak-sesak lagi pikirin tentang mereka?
Buat apa?

Sayup-sayup ada bisik yang menggegarkan!

"Apa usahamu untuk membantu ummah ini?
"Apa usahamu untuk membantu agama ini?
"Kamu yakin benar dengan amal-amal harianmu kau layak menghuni Syurga?"
"Solatmu benar khusyuk?"
"Puasamu benar cukup?"
"Tilawahmu benar padu?"
"Doamu benar ikhlas?"
"Kau yakin benar amalmu tidak pernah diintai Syaitan?"

Lalu tidak pernahkah kau terfikirkan, dengan boikotmu ini, dengan Qunut Nazilahmu ini, dengan infaqmu ini, Allah sedang memperbaik lompong - lompong kecil dari amalmu ?


Bibirnya seakan terkunci.
Hati kecil Farah mengiyakan.

………………………………

"Wanita Gaza itu perempuan besi."

Terngiang-ngiang  lagi di telinga Farah kata-kata Ainin. Senyap-senyap bibirnya mengukir senyum. Terbayang insiden-insiden keganasan di sana. Pilu.

Sayu jiwanya mengenangkan,
Tentang sabarnya wanita-wanita mereka.
Tentang teguhnya wanita-wanita mereka.
Tentang redhanya wanita-wanita mereka.

Tika khalifah-khalifah kecil mereka hilang sekelip mata.
Sekelip mata.

Dan tidak pula mereka bentak-bentak menyalahkan Tuhan mengaturkan ujian sebegini rupa.
Mereka lagi syukur. Mereka lagi akur.
Karena hati mereka meyakini,

"Dan dengan kesabaranku Allah menambah imanku."

Dan mereka meyakini cinta mereka kan bersatu
--di Syurga sana

…………………………………

Jiwa,

Barangkali apa jua yang berlaku hari ini, adalah panggilan-cinta-kasih-sayang dari Tuhan buat kita.
Dan barangkali usaha-usaha kita hari ini bakal menjadi asbab kita masuk Syurga.

Lalu,

Moga malam yang dulunya sepi diisi dengan tahajud berterusan.
Moga doa yang dulunya pantas-pantas ditamatkan semakin dipanjangkan.
Moga bibir yang kering dibasahkan dengan puji-pujian buat Tuhan.
Dan moga dengan ini Allah istiqamahkan pada jalan-jalan kebaikan.

Moga.


Pen diletakkan.
Bait-bait yang ditulis ditatap.
Helaian kertas dilipat kemas.
Suratnya dirapikan.
Diselit pada Al-Quran lalu dicium.
Hatinya memasang niat.
Ditepuk bahunya sendiri.

Farah, selamat menjadi Perempuan Besi.
"Salamun alaikum bima sobartum fani'ma uqbaddaar!"
[13:24]

Di balik pintu ada yang memerhati. Ainin!
Momen tadi benar-benar menyentuh hatinya.
Farah sudah lama tidak begitu.Manik-manik jernih mengalir.
Hatinya berbisik ,

"Tsabatkan kami Tuhan!"

Dengan langkah baru,

Bismillah!