Wednesday 10 April 2013

Hadiah buat Enti...


Afiq Haziqi buka lembaran  Al-Quran. Dibacanya tafsir naskhah cinta dari Tuhan satu persatu.
Itulah sumber kekuatannya tika hati dirundung duka. Air mata mengalir tanpa dipinta.
Benar, kalamullah mampu menggetarkan hati mereka yang benar-benar yakin dengan janjiNya.
Tafsiran surah Al- Hadid meresap ke hatinya,

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang Yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) Yang diturunkan (kepada mereka)? dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang Yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa Yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang Yang fasik - derhaka." [Al-Hadid: 16]

Allah.
"Apa yang telah aku lakukan sepanjang hidupku Tuhan? " bisik Afiq pada dirinya.
"Apakah aku mengambil mudah peringatanMu Tuhan? " bisiknya lagi seakan merintih.
Mengimbau kembali peristiwa beberapa bulan lepas buat hatinya gundah.
Membuat keputusan yang paling payah.
Keputusan yang membuat hatinya goyah.

Takdir Tuhan siapa sangka.
………………………………………………..

"Assalamualaikum, enti Amni Nadhirah?" tanya Afiq.

"Waalaikumsalam, ya saya. Enta siapa?" balas Amni .

"Ana Afiq Haziqi. Pengarah program Tautan Hati ni. Enti Timbalan Pengarah kan? " tanya Afiq mesra.

"Ohh, maafla. Ana tak familiar lagi dengan AJK program ni. Asyik terlupa saja." malu-malu Amni menjawab.

"Tak apa. Selamat bekerjasama ya." balas Afiq ringkas.

Mata bertemu. Senyum bertaut.

Pertemuan dan perpisahan itu aturan Allah.
………………………………………………………

Hubungan Afiq dan Amni kian erat sejak itu. Hanya bicara mesra menghiasi pertemuan.
Maka sejak itulah program "Tautan Hati" mengikat hati mereka.
Ah, syaitan mahu berdiam dirikah?
Huh, tika ini lah sang syaitan durjana mengorak langkah.
Mulanya dari pesanan ringkas.
Pertemuan demi pertemuan diatur umpama belangkas.
Bila ditegur, jawabnya ringkas,

"Kami hanya bertemu untuk berbincang. Tiada apa-apa"

Sedang gelojak hati hanya Tuhan yang tahu.
Syaitan bersorak riang.
Manusia itu kini dalam tawananku.

Bila hati mengikut nafsu, manusia lupa Tuhan yang Satu.
………………………………………………………………

Hati Afiq tak tenteram. Entah apa yang mengganggu jiwanya.
Lebih tepat. Batinnya.
Serasanya, solatnya tak pernah tinggal. Bacaan Qurannya masih menjadi kelaziman.
Apakah yang kurang? Bingung. Bingung.

Ya, kini Afiq baru sedar. Khusyuknya kurang.

Amni sering dibayangan.
Sering menjadi igauan.
Hatinya sudah ditawan.
Ditawan oleh Syaitan.

Air mata mengingati Tuhan menjadi teman.
……………………………………………………………………

Istikharah menjadi panduan tika hati tak bisa membuat keputusan.
Menyesalnya tak sudah. Serasa jauh dari Tuhan.
Jauh.

Dia lupa, Allah sudah mengingatkan dalam Al-Quran,

" Ketahuilah Bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup Yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang)," [Al-Hadid: 20]

Tangis Afiq tak berkesudahan. Allah juga sudah mengingatkan dalam ayat yang sama bahawa,

"(Ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya."

Keputusan harus dibuat.

Bila hati rindu Tuhan, ingatlah janjiNya tak pernah mengecewakan.
…………………………………………………………………………….

Meskiku rapuh, dalam langkah.
Kadang tak setia kepadaMu, namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu.
Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu.
Dalam dada kuharap hanya, diriMu yang bertakhta…

[Opick, Rapuh]

Bait-bait lagu Rapuh diulang-ulang di hati.
Seakan menyesali khilafnya.

"Akh, ana banyak buat silap. Ujian hati ni hebat betul kan?" Luah Afiq pada naqibnya, Faiz.

"Enta, ini ujian buat enta. Allah tahu enta mampu. Kadang-kadang manusia merasa dialah paling hebat menahan ujian. Dialah yang paling kuat. Nah, sekali diuji, lain jadinya. Pada ketika itulah manusia baru sedar, yang Maha Hebat, yang Maha Kuat, hanya Dia. Hanya Dia." terang Faiz.

"Akh, ana kalah dalam perjuangan antara nafsu dan iman" balas Afiq sayu.

"Enta, enta belum kalah. Enta bangkit dari kekalahan demi mempertahankan iman enta. Allah tiupkan rasa itu dalam hati enta. Syukurlah. Sabarlah. Bertabahlah!" Faiz memberi semangat.

"Tapi, apa ana kena buat sekarang? Tinggalkan dia? Ana dah beri harapan pada dia. Ana buntu." pilu hati Afiq.

"Enta, setiap apa yang berlaku dalam hidup kita dah tertulis lama di Luh Mahfuz. Ia pasti terjadi jika ini takdirNya. Allah dah berfirman dalam surah Al-Hadid,
"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah." [Al-Hadid: 22]
See, Allah dah atur lama dah perjalanan hidup kita. Allah dah beri jalan, kitalah yang mencorakkannya. Fikirkanlah yang terbaik buat diri enta dan si dia." nasihat Faiz jujur.

"Insya' Allah ana cuba. Tapi tak kuat. Doakan ana akh." pinta Afiq.

"Allah pasti mudahkan. Syurga itu mahal maharnya. Lebih mahal dari mahar enta untuk si dia. Hehe. Gurau. Ingatlah janji Allah, lakukanlah demi Dia.
"Segala puji tertentu bagi Allah, Yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan Kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan Yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang Yang taat)". [Fatir: 34]
Kuatlah. Allah bersama enta." Faiz meyakinkan.

Kuatlah demi Dia.
………………………………………………………………..

Assalamualaikum Amni Nadhirah, ana ambil keputusan, ana tinggalkan enti dalam jagaan Allah. Biarlah kita sama-sama memperbaiki diri sehingga tiba saat yang pasti. Ana tak mahu kita jauh dari Allah.

Wahai insan yang mengeluhkan kerinduan yang tak bertepi, bersabarlah, kau pasti akan bertemu dengan yang kau rindu kelak. Pertemuan itu adalah hal yang pasti, maka sabarkan dirimu. Syahdukan dirimu dalam merindu, Dia pun juga merinduimu.

Andaikan cintamu, cinta yang sebenarnya,
Tentu engkau akan selalu taat kepada DiriNya,
Sesungguhnya orang yang mencintai,
Akan selalu setia dan taat kepada Kekasih-Nya.

Ana tahu, enti wanita solehah. Ujian hati ini ujian besar buat kita.
Enti istiqamahlah atas jalan pilihan Allah ini.
Pasti yang terbaik akan hadir buat enti.

Inilah hadiah buat Enti.
Fi Hifzillah,
Afiq Haziqi.
10 mac 2013

Yang tertulis itulah yang terbaik dariNya
…………………………………………………………………………

Takdir Allah tak terduga.
Perkara ajaib bakal muncul.
Nanti.
Pasti.
Siapa tahu?
Hanya Dia tahu.
Hanya Dia.
Teruslah percaya. :')



==================================
Rujukan:
Al-Quran
Kisah Cinta dalam Al-Quran karya Misbah Em Majidiy

Tuesday 9 April 2013

La Tahzan, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia..


Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.

Wanita,
Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.

Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
Bersyukurlah. Beruntunglah.
Dari jutaan, engkau pilihanNya.

Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.
Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.
Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.
Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.

Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya.
Ya, percaya.

Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.
Senyum.

Tapi terkadang ada masa kita jatuh.
Tak mampu nak bangun.
Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
 Just beside you.
 Selalu.
Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan. Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!
Tears.

InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.
Tak mudah. Siapa kata mudah?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.

Bukalah surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu.

" Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)" [Yusuf: 18]

Kesatlah air matamu.
Allah ada.
Allah tahu.

"Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati." [Al-Maidah:7]

Dan ingatlah,

“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-

La tahzan,
Jadilah wanita yang paling bahagia! :)