Assalamualaikum
little khalifah..
Rindu.
Terasa banyak benda
nak diluah.
Namun, serasanya
bicara mati sebelum terluah rasa.
Hati kita ini,
kadang terlalu memendam.
Simpan segalanya
diam-diam.
Hidup yang ceria
menjadi kelam.
Mungkin terlupa
mencari ketenangan di sepertiga malam.
Kadang rasa tak
mampu bertahan.
Langkah kian
perlahan.
Air mata tak
tertahan-tahan.
Mengalir laju tanpa
kehendak tuan.
Seriously, hati kita
ini bukan kuat mana.
Kalaulah doktor
bedah keluarkan hati kita, kena pijak hancur kot.
Tapi, inilah,
istimewanya hati, Allah letak di dada.
Agar dekat sentiasa
dengan tuannya.
Hadiah terindah
Tuhan buat hambaNya.
Pemilik segala
rahsia juga jiwa.
Senyum.
Feel blessed kan? :)
Jangan bersedih
dengan ujian Allah,
"Ingatlah, yang menulis ujian atasmu adalah yang menulis
nikmat untukmu. Percayalah, andai bahagia itu bukan milik kita di dunia, Allah
pasti menyimpannya di sana, kerana DIA tidak pernah menzalimi
hambaNya"
Walau apa jua,
terimalah seadanya. Allah terlalu sayangkan kita.
Kena ketuk dengan
ujian sekali sekala apa salahnya.
Terima saja. Terima
saja.
Dunia bukan tempat
untuk orang manja.
Dunia menjadi ladang
untuk kita membenih pahala membaja jiwa dengan segala cintaNya.
Untuk apa?
Untuk pulang ke
tempat asal kita.
Mana?
Syurga sayang.
Syurga.
Hmm.
Kita yang muda-muda
ini dah merengek macam-macam kat Tuhan, mintak Tuhan mudahkan jalan.
Kau pernah fikir tak
ujian apa pakcik tua umur 40 tu dah berdepan?
Huisshhh, dah
berlori-lori agaknya ujian.
Sebab itu, orang
tua-tua umur 70 tahun larat lagi nak bangun malam, dating dengan Tuhan.
Something yang
jarang-jarang orang muda lakukan.
Ingat ini.
Pesan pada diri.
Pesan pada hati.
Kita bakal punyai
suami.
Kita bakal punyai
isteri.
Kita bakal punyai
generasi sendiri.
Anak-anak yang bakal
lahir dari rahim kita ini.
Anak kecil itu bakal
punyai abi, bakal punyai ummi.
Adakah kita dah
sedia wahai diri?
Berdepan ujian yang
lebih besar nanti?
Jangan sampai kita
menyesal bila dah tua nanti.
Menyesal dah tua
okay lagi.
Kalau dah sampai
masa Izrail menjemput diri sekarang ini, mana nak lari?
Mana nak lari?
Kembalilah, raih
Ilahi.
Baiki diri. Baiki
hati.
Benar, kadang-kadang
kita tak pernah faham apa yang Allah cuba aturkan untuk kita. Tak pernah tahu
apa yang Allah sediakan untuk kita di masa hadapan. Tapi percayalah, suatu
saat kita kena yakin, jalan pilihan
Allah ini akan indah pada waktunya. Percaya dan terus percaya.
Kuat
ya.
Fi hifzillah.
………………..
Pada Engkau Tuhan
Yang Satu.
Tenangkanlah hari-hariku.
Tenangkanlah hari-hariku.
inshaaAllah.
ReplyDeletemoga Allah jaga kita :)
mohon share sis
ReplyDelete