Wednesday, 24 July 2013

Ramadhan, Aku datang!

Assalamualaikum little khalifah.
Apa khabar sayang?
I'm not feeling well today.
Erghh. Bad. This is bad.
Moga Allah menitipkan penawar.

Ramadhan sudah berganjak harinya.
Makin tiba ke kemuncaknya.
Fasa dua menjengah tiba.
Bagaimana pula kita?
Apakah hati dan jiwa kita sudah bergerak sama?
Atau masih di takuk lama?
Diam. Diam. Tiada jawapan.

Allah...
Ramadhan ini banyak mengajar manusia.
Andai selama ini syaitan dipersalahkan bagi segala tingkah dan perbuatan.
Ramadhan inilah menyingkap sisi kehidupan seorang insan.
Baiknya dia. Buruknya dia.
Terbongkar semua.
Jika tewas, maka nafsu menjadi raja.

Kita ini pun…
Sebenarnya bukan hebat mana.
Sebenarnya bukan kuat mana.
Mungkin saja ada air mata yang mengalir saat diri jauh dari Tuhan.
Ah. Mungkin ada saja antara kita yang menjadi si pendoa tegar.
Siang malam merengek pada Tuhan.
Minta Tuhan mudahkan jalan.
Minta Tuhan kuatkan iman.

Kuatkah kita bila Tuhan bentangkan sedemikian ujian?
Kuatkah kita bila Tuhan lemparkan sedemikian dugaan?
Kalau ikutkan mahu saja hati berkata TIDAK.
Aku tak kuat, Tuhan.
Aku tak kuat.

Lalu,
Ramadhan inilah Allah menitipkan penawar buat jiwa yang keresahan.
Ramadhan inilah seruan untuk kembali pada Tuhan.
Ramadhan inilah  peluang mencari cinta yang pernah hilang.
Ramadhan inilah hati berlari menjejak Syurga idaman.
Dan.
Ramadhan ini tawaran Tuhan ganjarannya melebihi seribu bulan!
Allah. Allah. Allah.

Ramadhan inilah kita nak fight back segala jenis jahiliyyah yang dah melekat kat badan.
Ramadhan inilah kita nak buang segala jenis jahiliyyah yang syaitonirrajim dah ajar 11 bulan.
Jangan pulak kita puasa-puasa aci bedal tidur pagi sampai petang.
Konon penat gaya tak makan sebulan.
Jangan ditunjuk-tunjuk perangai yang di benci Tuhan.
Cukuplah 11 bulan kita hidup dalam jahiliyyah yang menyesatkan.
Cukuplah wahai insan!
Bangunlah dari kegelapan!

Ramadhan inilah kita nak latih diri jaga pandangan.
Jaga percakapan.
Jaga tindakan.
Dan jangan sibuk-sibuk nak kata orang puasa ni mulut harum bak kasturi kalau dari pagi sampai petang membebel yang yang bukan-bukan.
Bercakap yang sia-sia.
Jenis yang mulut harum semerbak kasturi itu jenis mulut yang berzikir pagi petang.
Kumat kamit dia penuh pahala.
Gerak bibir dia terjaga.
Tak berzikir, dia mengaji, menutur kalamNya.

Gituuuu..

Ingat.
Derapan langkah menuju redhaNya itulah yang menjadi nilaian Tuhan.
Jangan berhenti.
Teruslah melangkah.
Biar lambat.
Selagi sempat.
Biar selamat.
Dunia Akhirat.

RAISE YOUR IMAN FOR A BETTER RAMADHAN!
RAMADHAN, AKU DATANG! ^_^

…………………………………..

Moga Allah redha.

:')

Jejak-jejak ke Syurga!

No comments:

Post a Comment