Friday, 22 November 2013

Jejak-jejak Ke Syurga..

Lama.
Sudah terlalu lama aku di perhentian ini.
Entah apa yang aku tunggu.
Berteleku. Mengimbas memori-memori lalu.
Ada air mata yang masih bersisa.
Ku kesat.

Lemahnya.
Berusaha mencari kekuatan.
Yang-hilang.

Mana perginya?
Lesap.
………………..

Bonda bilang,

"Hati yang baik adalah hati yang sentiasa berhubung dengan Allah".

Manik-manik jernih mengalir.
Kekuatan yang dulu pernah terwujud.
Ku kumpul.

Pada hakikatnya, kita tak selalu kuat.
Kita cuma memilih tidak terlihat lemah dimata manusia.
Sedang dihadapan Allah, tanpa segan silu, kita mengaku bahawa kita sudah sangat tidak mampu.
Dengan linangan air mata dan rintihan tanpa suara.

Dan sekiranya manusia tahu, apa yang kita lalui.
Mereka justeru akan mengerti, mengapa kita begini.
Lalu, mereka akan mensyukuri apa yang mereka miliki. Pasti.
Percayalah, aturan Allah itu baik dan membaikkan.

"Dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu, ya Tuhanku" [Maryam:4]

Redhalah dengan ketentuan.
Syukurlah dengan pemberian.
Sabarlah dengan ujian.
Tetaplah dalam pengharapan.
Sungguh, Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

Allah Ta’ala is never blind to our tears, never deaf to our prayers, and never silent to our pain. He sees, He hears, and He is never too far.

Pujuklah hati kita dengan kalam-kalam indahNya.
Karena.
Seindah mana lagu tercipta.
Sehalus mana pujukan manusia tentang cinta.
Takkan menyamai sempurna seruan ayat-ayat cinta dariNya.
Selalu saja mendamaikan hati yang biasa dengan luar biasa caranya.

Teruslah melangkah.
Biar payah.

Karena.
Ini-
      Lah.
Jejak-jejak Ke Syurga.
…………………..


Salam Cinta. :')

5 comments:

  1. Allah..
    kakak.. mari mengutip satu persatu hammasah.

    Tuhan hitung.

    ReplyDelete
  2. salam cinta :')
    teruslah melangkah
    sy folow awk #72 :)

    ReplyDelete
  3. Salam ya ukhti...banyak posting yang berkualiti dan menarik...rasa boleh gain pahala dengan hantar posting enti ke laman web "IluvIslam.com". Insya' Allah lebih ramai lagi yang akan membaca karya enti...sangat menusuk kalbu dan meruntun jiwa pembaca....Fi hifzillah..

    ReplyDelete
  4. Salam, jzkk atas komen dan nasihat. Tapi skrg belum berkesempatan utk menulis panjang lagi. Masa akan datang mungkin.

    :)

    ReplyDelete