Assalamualaikum
little khalifah.
Rindu gila nak share
macam-macam. Ini serius.
Lately hati macam tak
berapa sihat.
Syafakillah wahai
hati.
Pulihlah!
Pulihlah!
According to the
title given, I wanna talk about life.
Peh, gaya macam nak
jawab soalan MUET.
Come on dieba, be
serious. -,-'
Life. Hidup.
Seriously hidup kita
berbeza.
Ada yang nun jauh di
atas sana.
Ada yang kat ceruk
hujung sana.
Kita tak boleh atur
hidup sesuka hati ikut kehendak kita.
Siapa kita?
Kita cuma hamba.
Yang mengatur
segala-galanya hanya Dia.
Dia yang letak kita
kat mana kita ada sekarang.
Kita selalu harap
hidup kita akan menjadi tenang, aman, damai.
Kan? Kan?
Tapi, tanpa seribu
macam ujian yang kita tempuh, kita tak akan faham apa erti HIDUP.
Ya.
Hidup!
Kita mengharap yang
baik-baik saja datang kat kita.
Yang buruk-buruk
rasa nak tolak tepi. Shuh Shuh Shuh…
Hey, I tell you
what, Allah dah mention dalam Al-Quran lama dah,
"Boleh
jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula)
kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang
kamu tidak mengetahui. " [Al-Baqarah:216]
Belajarlah. Belajar
erti redha.
Bukan cuma untuk
hari ini.
Untuk akhirat sana
sayang.
Dunia ni ibarat
R&R tepi jalan tu.
Kita cuma singgah
sekejap saja.
Sekejap. Tak lama.
Masih rasa nak
main-main?
Kita hidup pun belum
tentu lama.
Jangan gembirakan
hati kita dengan perkara yang Allah tak gembira melihatnya.
Kita bakal punyai
suami.
Kita bakal punyai
isteri.
Kita bakal punyai
generasi sendiri.
Anak-anak yang bakal
lahir dari rahim kita ini.
Anak kecil itu bakal
punyai abi, bakal punyai ummi.
Adakah kita dah
sedia wahai diri?
Jangan sampai kita
menyesal bila dah tua nanti.
Menyesal dah tua
okay lagi.
Kalau dah sampai
masa Izrail menjemput diri, mana nak lari?
Mana nak lari?
Kembalilah, raih
Ilahi.
Jadi muslim, ucap
syahadah. Mungkin mudah.
Tapi nak jadi
mukmin, super payah.
Jadi muslim dan
mukmin jangan lemah.
Jalan menuju Tuhan
itu tak pernah mudah.
Biar payah.
Biar goyah.
Semua itu kerna
Allah!
Kerna Allah! :')
Buanglah karat-karat
jahiliyyah yang merosak hati dan jiwa.
Manisnya iman itu
terbit kala karat-karat Jahiliyyah itu makin menjauh.
Dan manisnya iman
itu dapat dirasai sepertimana yang disebut dalam Hadis Rasulullah s.a.w
(Bukhari dalam bab Halawatul Iman)
"
Tiga perkara yang mewujudkan kemanisan iman adalah bilamana kita mencintai
Allah dan Rasulnya lebih daripada kita mencintai makhlukNya, dan bilamana kita
mencintai sesuatu hanya kerana Allah, dan bilamana kita membenci kekafiran
sepertimana kita benci bila dicampakkan ke dalam api Neraka."
Moga kita mampu
menggapainya.
Amin.
Seriously, bukan
mudah nak gapai halawatul iman.
Dan bukan mudah nak
jadi mukmin super hebat.
Kita mungkin jatuh.
Kita mungkin
tersadung.
Kita mungkin
terseliuh. Eh! ^^
Mukmin tidak akan
jatuh lubang yang sama dua kali, jadi kalau ada mukmin yang jatuh lagi buat
kali kedua, maybe itu kategori mukmin in the making. Kali ni punya jatuh, bangun balik. Hee. ^^
…………………………….
Moga Allah redha.
Aku sayang kalian.
:)
Assalamualaikum!
ReplyDeleteNice said, well said!!
Dan saya sangat suka dengan tulisan saudari "La Tahzan, Jadilah Wanita yang Paling Bahagia" yang saya jumpa di website http://akuislam.com/blog/.
Terpujuk hati. La tahzan. (^_^)
Moga saudari diberkati ALLAH dunia akhirat.
Selamat Berpuasa.
*Mohon share di Facebook saya boleh?
Salam Ukhwah,
Nur Zuriaty
Waalaikumussalam.. boleh. syukran atas doa ya..
DeleteMoga Allah redha. :)