Assalamualaikum my little khalifah...
new entry about BIG ROCK... moga bermanfaat ya!
Found this dekat tumblr seorang ukhti..
Jom baca JOMMMM.. :))
Found this dekat tumblr seorang ukhti..
Jom baca JOMMMM.. :))
Satu hari seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang pengurusan masa kepada mahasiswa. Dengan penuh semangat ia berdiri depan kelas dan berkata. “Okay. Sekarang masa untuk quiz.” Kemudian ia mengeluarkan sebuah baldi yang kosong dan meletakkannya di meja. Kemudian ia mengisi baldi tersebut dengan batu-batu yang besar.
Dia
terus mengisi batu sehingga tidak ada lagi batu yang muat untuk dimasukkan ke
dalam baldi, dia bertanya pada kelas, “Menurut anda, adakah baldi ini sudah
penuh?” Semua pelajar serentak berkata, “Ya!”
Cikgu
bertanya kembali. “Betulkah”? “Kemudian dari dalam meja ia mengeluarkan sebekas
batu kerikil kecil, lalu menuangkan kerikil-kerikil itu ke dalam baldi lalu
menggoncang-goncang baldi itu sehingga batu kerikil itu turun ke bawah mengisi
celah-celah kosong di antara batu-batu besar.
Kemudian,
sekali lagi ia bertanya pada kelas, “Ok, adakah sekarang baldi ni dah penuh?”
Kali ini para pelajar terdiam. Seseorang menjawab, “Mungkin tidak.” “Bagus..”
sahut pensyarah.
Kemudian
dia mengeluarkan sekantung pasir dan menuangkannya ke dalam baldi. Pasir itu
jatuh mengisi di celah-celah ruang kosong antara batu dan kerikil. Sekali lagi,
ia bertanya pada kelas,
“Baiklah,
sekarang baldi ini sudah penuh?”
“Belum!”
jawab seluruh kelas.
Sekali
lagi dia berkata, “Bagus…” Kemudian dia mengeluarkan sebotol air dan mulai
menuangkan airnya ke dalam baldi sampai ke penuh.
Ok
sekarang lihat eksperimen kedua saya,dia pun memasukkan air terlebih dahulu
sehingga , kemudian meletakkan sekantung pasir dan batu kerikil. Baldi itu
kelihatan sudah penuh sehingga dia hanya dapat meletakkan sedikit sahaja
batu-batu besar. Banyak lagi batu besar tidak dapat dimasukkan ke dalam baldi.
Dia cuba menyumbat dan menggoncang baldi tetapi masih ada banyak lagi baki batu
besar yang tidak boleh dimasukkan.
Lalu
dia berpusing ke kelas dan bertanya, ‘Tahukah anda apa maksud illustrasi ini?”
Kenyataan
dari batu dan baldi ini mengajarkan pada kita bahawa:
“Bila anda tidak memasukkan “batu
besar” terlebih dahulu, maka anda tidak akan boleh memasukkan semuanya.”
Apa
yang dimaksudkan dengan “batu besar” dalam hidup anda? keluarga anda, pelajaran
anda,ibadat anda, pekerjaan anda dan perkara yang penting dalam hidup anda
seperti kesihatan anda, kawan-kawan anda dan yang seharusnya dijadikan prioriti
utama dalam hidup anda.
Ingatlah
supaya memasukkan “Batu Besar” dahulu sebelum batu-batu kecil atau anda akan
kehilangan semuanya. Bila anda mengisinya dengan perkara-perkara kecil (seperti
kerikil dan pasir) maka hidup anda akan penuh dengan perkara-perkara kecil yang
merisaukan dan ini sepatutnya tidak perlu seperti bermain games,facebook,
melepak dan sebagainya sehingga masa anda terbuang begitu sahaja sehari
sedangkan anda tidak memenuhkan ‘baldi’ anda dengan batu besar.
Kerana
dengan demikian anda tidak akan pernah memiliki masa yang cukup untuk
perkara-perkara yang besar dan penting.
Oleh
kerana itu, setiap pagi atau malam, ketika akan merenungkan cerita pendek ini,
tanyalah pada diri anda sendiri: “Apakah batu besar-batu besar dalam hidup saya?”
dan buatlah perkara itu dahulu
See,
just a simple analogi, tapi beri impak yang besar pada kita. Justeru apa BIG
ROCK dalam hidup kita. Dahulukan prioriti kita yang utama. Yang mampu menjadi
bekalan kita ke destinasi akhir nanti..
Till
then…ana uhibbuki fillah.
Jaga
diri, jaga iman.
Assalamualaikum…..
~.^Y
No comments:
Post a Comment