"Itu jalan yang kau pilih...Dan ini jalan yang kupilih...Aku redha....Sungguh Allah Lebih Mengetahui"
Saturday, 26 May 2012
Dia yang bergelar HambaMU....
Aku kata “astaghfirullah” tapi hati masih gemar akan maksiat.
Aku kata “wa atubu ilaih” tapi jasad masih melakukan dosa sama.
Aku kata “wa nadimna ya Allah” tapi kesilapan lalu masih kuulangi.
Aku kata “subhanallah” tapi aku tidak mampu menghayatinya.
Aku kata “alhamdulillah” tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaanNya.
Aku kata “Allahuakbar” tapi cintaku lebih kepada dunia.
Aku kata “ma fi qalbi ghairullah” tapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal.
Aku kata “aku tak layak ke syurga, tapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka.
Aku kata aku ingin mendekatiMu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.
Aku malu dengan sepasang mata kurniaanMu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia.
Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal.
Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa..
Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa.
Deras air mata ini hanya Engkau yang tahu,
dan bila menangis,
aku bersendirian, tanpa sesiapa disisi,
di malam yang sunyi,
air mata mengalir laju di pipi.
sendirian, berteleku, bermonolog dari hati,
terus ke Rabbi.
via; tersenyum-melihat-langit.tumblr.com/
sabarlah sayang,
some walks you have to take alone...
with HIM by your side. :)
till then, Assalamualaikum.....
Ana uhibbuki fillah...
Tuesday, 22 May 2012
Bila kita....
dan bila kita menulis tentang cinta,
tak semestinya kitalah yang paling arif tentang cinta,
atau yang paling asyik dilamun cinta,
terkadang itu cuma expresi rasa, sebuah catatan tanpa makna, siapa tahu?
tak semestinya kitalah yang paling arif tentang cinta,
atau yang paling asyik dilamun cinta,
terkadang itu cuma expresi rasa, sebuah catatan tanpa makna, siapa tahu?
dan bila kita menulis tentang kesedihan,
bukanlah kita yang paling derita, dan paling kecewa.
terkadang itu cuma catatan rasa yang berlebihan, melampaui apa yang dirasai,
rintihan sekeping hati yang mungkin terlalu rapuh,
tanpa ilmu, tanpa iman.
bukanlah kita yang paling derita, dan paling kecewa.
terkadang itu cuma catatan rasa yang berlebihan, melampaui apa yang dirasai,
rintihan sekeping hati yang mungkin terlalu rapuh,
tanpa ilmu, tanpa iman.
dan bila kita menulis tentang harapan dan impian,
terkadang,
bukanlah kerana kita tak pernah putus harapan dan kehilangan impian,
tapi kerana kita mahu terus berharap yang baik, dan mengimpikan sebuah bahagia.
terkadang,
bukanlah kerana kita tak pernah putus harapan dan kehilangan impian,
tapi kerana kita mahu terus berharap yang baik, dan mengimpikan sebuah bahagia.
dan bila kita menulis tentang sebuah ketabahan,
bukanlah bermakna kita yang paling tabah,
itu cuma antara cara,
memujuk hati dan diri sendiri.
bukanlah bermakna kita yang paling tabah,
itu cuma antara cara,
memujuk hati dan diri sendiri.
maka,
hakikat sebenar dibalik sebuah penulisan itu,
mungkin sukar difahami.
mungkin kerana ia lebih mudah diselami,
dari ditafsir dan dibuat andaian yang kita sendiri tak pasti.
hakikat sebenar dibalik sebuah penulisan itu,
mungkin sukar difahami.
mungkin kerana ia lebih mudah diselami,
dari ditafsir dan dibuat andaian yang kita sendiri tak pasti.
credit to: http://tersenyum-melihat-langit.tumblr.com/?scmmusicplayer=adrianshum#ixzz1vY6YNRZ6
Friday, 18 May 2012
BIG ROCK dalam hidup kita..^^
Assalamualaikum my little khalifah...
new entry about BIG ROCK... moga bermanfaat ya!
Found this dekat tumblr seorang ukhti..
Jom baca JOMMMM.. :))
Found this dekat tumblr seorang ukhti..
Jom baca JOMMMM.. :))
Satu hari seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang pengurusan masa kepada mahasiswa. Dengan penuh semangat ia berdiri depan kelas dan berkata. “Okay. Sekarang masa untuk quiz.” Kemudian ia mengeluarkan sebuah baldi yang kosong dan meletakkannya di meja. Kemudian ia mengisi baldi tersebut dengan batu-batu yang besar.
Dia
terus mengisi batu sehingga tidak ada lagi batu yang muat untuk dimasukkan ke
dalam baldi, dia bertanya pada kelas, “Menurut anda, adakah baldi ini sudah
penuh?” Semua pelajar serentak berkata, “Ya!”
Cikgu
bertanya kembali. “Betulkah”? “Kemudian dari dalam meja ia mengeluarkan sebekas
batu kerikil kecil, lalu menuangkan kerikil-kerikil itu ke dalam baldi lalu
menggoncang-goncang baldi itu sehingga batu kerikil itu turun ke bawah mengisi
celah-celah kosong di antara batu-batu besar.
Kemudian,
sekali lagi ia bertanya pada kelas, “Ok, adakah sekarang baldi ni dah penuh?”
Kali ini para pelajar terdiam. Seseorang menjawab, “Mungkin tidak.” “Bagus..”
sahut pensyarah.
Kemudian
dia mengeluarkan sekantung pasir dan menuangkannya ke dalam baldi. Pasir itu
jatuh mengisi di celah-celah ruang kosong antara batu dan kerikil. Sekali lagi,
ia bertanya pada kelas,
“Baiklah,
sekarang baldi ini sudah penuh?”
“Belum!”
jawab seluruh kelas.
Sekali
lagi dia berkata, “Bagus…” Kemudian dia mengeluarkan sebotol air dan mulai
menuangkan airnya ke dalam baldi sampai ke penuh.
Ok
sekarang lihat eksperimen kedua saya,dia pun memasukkan air terlebih dahulu
sehingga , kemudian meletakkan sekantung pasir dan batu kerikil. Baldi itu
kelihatan sudah penuh sehingga dia hanya dapat meletakkan sedikit sahaja
batu-batu besar. Banyak lagi batu besar tidak dapat dimasukkan ke dalam baldi.
Dia cuba menyumbat dan menggoncang baldi tetapi masih ada banyak lagi baki batu
besar yang tidak boleh dimasukkan.
Lalu
dia berpusing ke kelas dan bertanya, ‘Tahukah anda apa maksud illustrasi ini?”
Kenyataan
dari batu dan baldi ini mengajarkan pada kita bahawa:
“Bila anda tidak memasukkan “batu
besar” terlebih dahulu, maka anda tidak akan boleh memasukkan semuanya.”
Apa
yang dimaksudkan dengan “batu besar” dalam hidup anda? keluarga anda, pelajaran
anda,ibadat anda, pekerjaan anda dan perkara yang penting dalam hidup anda
seperti kesihatan anda, kawan-kawan anda dan yang seharusnya dijadikan prioriti
utama dalam hidup anda.
Ingatlah
supaya memasukkan “Batu Besar” dahulu sebelum batu-batu kecil atau anda akan
kehilangan semuanya. Bila anda mengisinya dengan perkara-perkara kecil (seperti
kerikil dan pasir) maka hidup anda akan penuh dengan perkara-perkara kecil yang
merisaukan dan ini sepatutnya tidak perlu seperti bermain games,facebook,
melepak dan sebagainya sehingga masa anda terbuang begitu sahaja sehari
sedangkan anda tidak memenuhkan ‘baldi’ anda dengan batu besar.
Kerana
dengan demikian anda tidak akan pernah memiliki masa yang cukup untuk
perkara-perkara yang besar dan penting.
Oleh
kerana itu, setiap pagi atau malam, ketika akan merenungkan cerita pendek ini,
tanyalah pada diri anda sendiri: “Apakah batu besar-batu besar dalam hidup saya?”
dan buatlah perkara itu dahulu
See,
just a simple analogi, tapi beri impak yang besar pada kita. Justeru apa BIG
ROCK dalam hidup kita. Dahulukan prioriti kita yang utama. Yang mampu menjadi
bekalan kita ke destinasi akhir nanti..
Till
then…ana uhibbuki fillah.
Jaga
diri, jaga iman.
Assalamualaikum…..
~.^Y
Wednesday, 9 May 2012
Drive your LOVE...
Assalamualaikum my
little khalifah..
Ehhh, rasanya baru
hari tu kita jumpa kann.. Hahaha.
Lately rajin sungguh
update belog kesayangan ni.. Biasalah. Cuti tiga bulan kannn.. *okey, dah nak
habis pun..
Okeylah, for this
entry , dieba tujukan khas buat 'Akhi Yang Saya Kenal'……
Wahhhh.. *dalam hati
mesti fikir, Siapakah??
Hello..hello..hello..
Honestly entry ini untuk semua akhi @ kaum muslimin ya. Sekian. ^^Y
Okeylah, dieba
tergerak nak buat entry ni selepas beberapa orang ask me about the same thing
berkali-kali.
About LOVE…..
*aishhh, dieba ni asyik cakap pasal cinta je…
Sabar..let me
explain. Okayy.. :))
Baru-baru ini ada seorang hamba Allah yang dah lama
sangat tak contact dgn saya call. Ask me about boyfriend, about a relationship
before marriage. Saya dengan tak ada
perasaannya pun jawab;
"I
don't want a boyfriend."
"AMBOI
….dieba, tak nak kawin ke?"
"Erkk,
kena ada boyfriend baru boleh kahwin ke.
Hehe…"
Okeylah, saya tak
ada hak nak suruh semua orang berfikiran macam saya. Akhi itu katakan pada
saya, dia mahu kahwin, tapi oleh kerana belum cukup 'budget' untuk berkahwin,
jadi dia memilih alasan tidak cukup 'budget' sebagai alasan untuk mengukuhkan sebuah perhubungan dengan ikatan percintaan. Bila bercinta, mesti pasangan kita boleh beri
macam-macam pada kita TANDA sayangnya pada kita.
WHAT! Pada saya itu
mengarut. .. *maaf jika ada yang tidak bersetuju.
Akhi,
Pertamanya, saya
katakan begitu bukan sebab saya anti pada cinta. Cinta itu fitrah. Semua orang
layak memilikinya. Tapi biarlah cinta itu disalurkan pada yang selayaknya. Bagi
saya, keluarga saya adalah prioriti saya yang utama selepas Allah dan Rasul. Pada
saya, kalau mahu bercinta, biarlah kita pandai memandu cinta itu. Biar ada
matlamat. Biar ada tujuan. Bukan suka-suka. Realiti sebuah
percintaan adalah perkahwinan, selagi tiada usaha kearah itu, cinta tak lebih
dari sebuah mimpi, sebuah kata kosong, yang tiada rohnya.
Ya, saya hanya akan
bercinta bila…
1. Bless from parent
2. Physically,
mentally, spritual & financial fit for the huge commitment
So now ?
Relek dulu… ^^Y
"JANGAN KATA KAMU CINTA SAYA SEDANGKAN KAMU
BELUM BERSEDIA"
Cintailah dulu DIA
yang MAHA Mencinta. :))
"NAK
PANDU CINTA SAMA JUGA MACAM PANDU KERETA. KENA BETUL-BETUL DAH PANDAI DRIVE BARU
BOLEH AJAK ORANG LAIN NAIK KERETA. KALAU TAK PANDAI, JANGAN BERANI-BERANI
BAWAK, KALAU JATUH GAUNG, DUA-DUA JATUH TAK ADA SIAPA NAK TOLONG. SO, DRIVE
YOUR LOVE CAREFULLY YA!!, HEWHEWHEW.. ^^Y
Buat akhi yang saya kenal, dalam Al-Quran juga ada menyebut;
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,(An-Nisa':34)
Jagalah kami dengan sebaiknya. Sungguh besar amanah itu, galaslah dengan hati yang benar-benar ikhlas dan bimbinglah kami ke jalan yang diredhaiNya.. :))
Okeyy, till then.
Jaga diri okayy..
Assalamualaikum..
:))
Sunday, 6 May 2012
Come On...Thats LIFE!
Assalamualaikum my
little khalifah…
One word! Rindu!
Tajuk entry kemain
lagi kannn.. Sebenarnya tengah stress tak dapat cari lagu Opick.. T____T
Ermm, okeylah, tak
nak cakap benda mengarut-ngarut. Straight to the point please…
Alriteee…
Alhamdulillah, last Friday baru start blajar drive. Susah. Penat. Takut.
Nervous. Hmmm, itu jelah yang bermain-main dalam fikiran just before start
drive. Muke cikgu semua dah macam guru besar sekolah..*okey, ini mungkin
khayalan diba sahaja. Sekian.
First, cikgu ajar
one round pastu terus suruh diba drive. Allah! Takutnye…. (dalam hati
berdebar-debar macam nak terkeluar jantung….*okey, diba ayat jangan hiperbola
sgt boleh tak..haha)
Okey, start enjin.
After five minutes enjin kereta mati. Senyum je dengan cikgu kat sebelah..
Haha.. Hampir 3 jam jugakla menghabiskan masa kat driving school. Kena marah.
Kena tegur. Kena perli. Memang, memang dugaan sungguh. Btw, nak belajar memang kena banyak sabar.
Both side. Cikgu and student. Okay, done
with driving school.
Okay, lately, selalu
terfikir tentang something. About my future. About family. About everything.
Are we really ready for Hereafter? Semalam mama tiba tell me about death. * okey, air mata dah bergenang….tsk!
Entahla, paling tak
boleh tahan bila mama cakap pasal mati. Tapi, kita kena yakin, mati itu pasti.
Mama selalu cakap, " kalau Allah nak ambil nyawa mak, biarlah anak-anak
mak semua dah kahwin, sebab mak tahu dah ada orang akan jaga anak-anak mak"…….*tears
again..
Diba terfikir if
Allah jemput diba pulang dulu. Harap ada yang jaga mama… dan saya yakin, DIA
akan selalu jaga mama saya.
Then, bila bual
dengan mama, terfikir something…
"Hayat kita belum tentu panjang. Amal kita
belum tentu diterima oleh Allah. Just makesure apa yg kita buat niat kerana
Allah. Jgn sombong dgn kbaikan yg kita buat. Silap2 tiada nilai. Ingat, hanya
redhaNya yg kita mahu."
Kita tak selamanya
di atas. Kalaupun kita sentiasa dikurniakan harta yang banyak, mewah, syarikat
yang maju, tapi tak akan ada makna kalau hidup kita tak bahagia dan hati tak
tenang.
Teringat one of my
friend pernah kata,
"Semua orang akan dikurniakan nikmat, tapi
belum tentu semua diberikan rahmat. Ingat, nikmat itu ujian. Hidup itu pun
ujian. Ujian yang menjadikan kita hambaNya yang lebih baik. Siapa percaya, maka dia
berjaya. "
Jadikan setiap ujian
itu hadiah dari Allah. All of difficulties yang kita tempuh ada hikmah. Semua
itu untuk preparation for our future. Setiap ujian buat kita kuat.
COME ON..THATS LIFE!
Okeylah. Till then.
Moga Allah redha.
Assalamualaikum….
:))
Tuesday, 1 May 2012
padaMu ku bersujud...
Assalamualaikum my
little khalifah…
Rindu sangat nak
bercerita dgn 'my little khalifah' ni… Ujian dtg lagi.. Sedih? Kecewa? Putus
asa? No, please don't say that sayang…. Percayalah, tiba masanya, DIA akan
makbulkan 'doa' awak tu…
Memanglah, kalau nak
diikutkan dah berapa gelen air mata ni tumpah, tapi tak sebanyak nikmat yang
Allah bagi kat awak kan?
Alhamdulillah,
masa jiwa tengah kacau dilanda ombak super kencang ni, saya terjumpa a
beautiful quote yang buat hati kembali tenang.. Nah!♥:)
Dan, kerana Allah, bersabarlah.
Walaupun itu sangat melukai hatimu,
dan kerana Allah, bersabarlah…
walaupun itu membuat hatimu luluh dan lelah,
dan kerana Allah, bersabarlah…
bila ada hal membuat kamu ragu-ragu dan keliru,
namun kerana percaya pada Allah, maka
bersabarlah..
dan kerana yakin pada Allah, maka bersabarlah…
dan kerana Allah, maka bersabarlah..
tiada ketentuan yang sia-sia.
tiada ujian yang melebihi kemampuan.
tiada duka yang tersembunyi dari
pengetahuan-NYA.
tiada air mata yang kering tanpa diketahui-NYA.
Dan bila kamu sudah kehilangan sebab untuk
tetap bersabar,
Maka pujuk hatimu,
dan kerana Allah, bersabarlah…
(via tersenyum-melihat-langit)
Banyakkanlah
habiskan masa awak dengan DIA… DIA sentiasa SEDIA mendengar.. Anywhere,
anytime.. Awak tak akan pernah kecewa bila mengadu dgn DIA. Kalau awak lebih
banyak mengadu dengan manusia, they maybe ignore you, @ buat-buat tak dengar @
mereka mungkin mendengar tapi dalam hati siapa tahu kan?
Alhamdulillah, after
a few month I'm leaving THEM, saya rasa lebih dekat dengan DIA & family,
masa saya lebih banyak dihabiskan untuk DIA, family, dan diri saya sendiri…
Regret?........ NOPE!
Saya tak tahu apa
akan jadi esok, lusa, tahun depan atau sekejap lagi…. Bekalan saya untuk
ke SANA mungkin sahaja belum cukup..
Umur saya belum tentu lagi panjang..
Cuma satu harapan saya, Allah memberikan cukup masa untuk saya membalas
jasa ibu bapa saya.. Aminnnn.. :')
Buat abah,
Saya janji akan
selalu mendoakan untuknya dan mengirimkan bacaan ayat suci Al-Quran untuknya
setiap hari.. Akan saya doakan moga
Allah mengurniakan Syurga buatnya… Walaupun kami bersama cuma seketika, dialah lelaki terbaik yang
saya pernah jumpa.. Moga kami bertemu lagi di Syurga... Amiiinnnn… :')
Buat mak,
Saya janji utk jaga
mak elok-elok selagi ada kudrat.. I'm 22 now. Walaupun selaaaalu kena marah *erkk, nkal sgt ank mak nihh..hihi....,
tapi itulah tanda mak care kan? Yeah, absolutely! ^^, … InsyaAllah, I'll always
pray for your health, and nak tunaikan satu mission! InsyaAllah….. :))
And last but not
least, for my future gula-gula jantung hati nanti,
Ehem2… sebenarnya
tak tahu nak cakap apa, but I promise, saya akan jaga diri saya baik-baik,
belajar masak sedap-sedap, tuntut ilmu sebanyak mungkin supaya boleh ajar
anak-anak jadi pandai, soleh solehah.. Saya tak janji saya akan jadi yg
sempurna, tapi saya janji saya akan jadi yang terbaik utk awak. Saya doa moga
Allah selalu menjaga awak. Saya tak tahu siapa awak, kat mana awak, tapi
InsyaAllah…sampai masa akad halal itu akan mempertemukan kita… InsyaAllah!^^,
Apa-apa pun kenalah
selalu doa pd Allah moga diberi peluang itu… waktu sujud adalah waktu yang
paling dekat dengan Allah! Apalagi, lets grab the chance…. :)))
Sebelum
tu, ini untuk my little khalifah yang terkadang menangis dalam senyuman.. *dalam makna tuhh…hihi
Till then,
assalamualaikum my little khalifah….
p/s: doakan kesihatan saya kemabali
pulih…. :')
Subscribe to:
Posts (Atom)