Assalamualaikum
little khalifah..
Lama dah rasanya tak
bercerita dengan my little khalifah ni.
Rindu tau tak? Hee…
Em, lately
macam-macam jadi. Nak cerita pun tak tahu nak start dari mana.
Tapi kugagahkan jua
jiwa dan raga menelan pahit getir hidup ni.
*Fuh! Macam besar sangat je dugaan kau diebaaaa..
Besar?
Emm, taklah besar
sangat. Besar lagi dugaan bebudak kat Syria dan Gaza.
Panggggg! -,-'
Tapi kan Allah dah
sebut dalam Al-Quran, tidak akan Allah timpakan sesuatu itu kalau orang itu tak
mampu. Haaa…
Itu maksudnya kita
mampu bertahan atas tiap apa yang Allah timpakan.
Allah lebih arif dan
tahu tentang kita.
Each of us mesti
pernah rasa down, give up tahap tak mampu nak bangun dah, tergolek tahap nak
jatuh gaung dah.
Memang susah. Memang
payah nak gather all strength after many falls.
Siapa kata mudah?
Tapi Allah tak
pernah tinggalkan kita sorang-sorang.
Kekecewaan dan
kesedihan yang kita lalui mendekatkan kita pada Dia.
Naqibah pernah kata,
"Air
mata yang mengalir kerana kita insaf dengan perbuatan silam kita, nanti air
mata tulah yang akan menjadi saksi kat akhirat kelak. Air mata itulah jadi
bukti dan yang akan membela kita kelak."
Masha Allah! Miracle
kannnnn..
Itulah kuasa Tuhan.
Kita tak boleh
terlalu yakin bahawa hidup ini akan berlaku macam yang kita nak.
Hidup kita bukan
telenovela.
Punya hero dan
heroin yang akan membela kita. Menyelamatkan kita.
Berpihaklah di bumi
nyata.
Yang akan
menyelamatkan dan membela kita hanyalah amal soleh kita.
Bukan si dia yang
tidak halal untuk kita tu. Bukan.
Bukalah mata.
Pandanglah dengan mata dan jiwa.
Boleh jadi yang kita
tak suka itu baik untuk kita, dan boleh jadi yang kita suka itu buruk bagi
kita.
Kita tak tahu masa
depan.
Kita merancang,
Allah yang menentukan.
Yeap,
Kita mungkin boleh
menjadi penulis terhebat untuk novel cinta impian kita, tapi kita tak akan
pernah jadi penulis untuk takdir hidup kita.
Semuanya dah
tertulis di Luh Mahfuz.
Kekuatan tu mungkin
tak datang sekarang. Mungkin makan masa. Lama?
Tak apa. Tunggu lah.
Mohonlah selalu pada
Dia moga Dia mengaturkan sebaik-baik kehidupan buat kita.
Dan kadangkala Allah hantar a few people untuk menguji kita.
Nak tahu setabah mana kita berdepan dengan ujian dariNya.
Hati resah.
Jiwa parah.
Iman goyah.
Arghhh! kadang rasa nak jerit-jerit luar tingkap.
Tunjuk stress.
Tapi itukah akhlak mereka yang punya iman?
Itukah akhlak mereka yang punya Tuhan?
Itukah akhlak yang Rasulullah tunjukkan?
Bukan begitu. Bukan.
Allah dah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 153.
Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai
penolongmu[99], sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. [al-Baqarah:153]
Redhakan hati ya, ingatlah janji Tuhan dalam surah Al-Fajr,
"Wahai jiwa yg tenang, kembalilah kpd Tuhanmu dgn hati yg redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dlm golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dlm SyurgaKu." [al-Fajr:27-30]
Teruslah percaya.
Allah pasti
mentakdirkan yang terbaik buat kita.
Jangan sedih.
Buanglah duka.
Kita ada Dia. Kita
milik Dia.
Sampai bila-bila.
Bila-bila.
Ayuh, genggam tangan
bersama,
"SHINE BRIGHT IN THE EYES OF ALLAH!"
In shaa Allah. Sama2 bermuhasabah diri.
ReplyDeleteShine bright in the eyes of Allah. ;)
MashaAllah sis... sy doakan semua urusan sis dipermudahkan. Tq for sharing.
ReplyDelete