Afiq Haziqi buka
lembaran Al-Quran. Dibacanya tafsir
naskhah cinta dari Tuhan satu persatu.
Itulah sumber
kekuatannya tika hati dirundung duka. Air mata mengalir tanpa dipinta.
Benar, kalamullah
mampu menggetarkan hati mereka yang benar-benar yakin dengan janjiNya.
Tafsiran surah Al-
Hadid meresap ke hatinya,
"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang Yang
beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah
serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) Yang diturunkan (kepada mereka)? dan
janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang Yang telah diberikan Kitab
sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa Yang lanjut maka hati
mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang Yang fasik - derhaka."
[Al-Hadid: 16]
Allah.
"Apa yang telah
aku lakukan sepanjang hidupku Tuhan? " bisik Afiq pada dirinya.
"Apakah aku
mengambil mudah peringatanMu Tuhan? " bisiknya lagi seakan merintih.
Mengimbau kembali
peristiwa beberapa bulan lepas buat hatinya gundah.
Membuat keputusan
yang paling payah.
Keputusan yang
membuat hatinya goyah.
Takdir Tuhan siapa sangka.
………………………………………………..
"Assalamualaikum, enti Amni Nadhirah?"
tanya Afiq.
"Waalaikumsalam, ya saya. Enta siapa?"
balas Amni .
"Ana Afiq Haziqi. Pengarah program Tautan Hati ni.
Enti Timbalan Pengarah kan? " tanya Afiq mesra.
"Ohh, maafla. Ana tak familiar lagi dengan AJK program
ni. Asyik terlupa saja." malu-malu Amni menjawab.
"Tak apa. Selamat bekerjasama ya." balas
Afiq ringkas.
Mata bertemu. Senyum
bertaut.
Pertemuan dan perpisahan itu aturan Allah.
………………………………………………………
Hubungan Afiq dan
Amni kian erat sejak itu. Hanya bicara mesra menghiasi pertemuan.
Maka sejak itulah
program "Tautan Hati" mengikat hati mereka.
Ah, syaitan mahu
berdiam dirikah?
Huh, tika ini lah
sang syaitan durjana mengorak langkah.
Mulanya dari pesanan
ringkas.
Pertemuan demi
pertemuan diatur umpama belangkas.
Bila ditegur,
jawabnya ringkas,
"Kami hanya bertemu untuk berbincang. Tiada apa-apa"
Sedang gelojak hati
hanya Tuhan yang tahu.
Syaitan bersorak
riang.
Manusia itu kini
dalam tawananku.
Bila hati mengikut nafsu, manusia lupa Tuhan yang Satu.
………………………………………………………………
Hati Afiq tak
tenteram. Entah apa yang mengganggu jiwanya.
Lebih tepat.
Batinnya.
Serasanya, solatnya
tak pernah tinggal. Bacaan Qurannya masih menjadi kelaziman.
Apakah yang kurang?
Bingung. Bingung.
Ya, kini Afiq baru
sedar. Khusyuknya kurang.
Amni sering
dibayangan.
Sering menjadi
igauan.
Hatinya sudah
ditawan.
Ditawan oleh
Syaitan.
Air mata mengingati Tuhan menjadi teman.
……………………………………………………………………
Istikharah menjadi
panduan tika hati tak bisa membuat keputusan.
Menyesalnya tak
sudah. Serasa jauh dari Tuhan.
Jauh.
Dia lupa, Allah
sudah mengingatkan dalam Al-Quran,
" Ketahuilah Bahawa (yang dikatakan)
kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup Yang berupa semata-mata)
permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang)," [Al-Hadid: 20]
Tangis Afiq tak
berkesudahan. Allah juga sudah mengingatkan dalam ayat yang sama bahawa,
"(Ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain
hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya."
Keputusan
harus dibuat.
Bila hati rindu Tuhan, ingatlah janjiNya tak pernah
mengecewakan.
…………………………………………………………………………….
Meskiku rapuh, dalam langkah.
Kadang tak setia kepadaMu, namun cinta dalam jiwa hanyalah
padaMu.
Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu.
Dalam dada kuharap hanya, diriMu yang bertakhta…
[Opick,
Rapuh]
Bait-bait lagu Rapuh
diulang-ulang di hati.
Seakan menyesali
khilafnya.
"Akh, ana banyak buat silap. Ujian hati ni hebat
betul kan?" Luah Afiq pada naqibnya, Faiz.
"Enta, ini ujian buat enta. Allah tahu enta mampu.
Kadang-kadang manusia merasa dialah paling hebat menahan ujian. Dialah yang
paling kuat. Nah, sekali diuji, lain jadinya. Pada ketika itulah manusia baru
sedar, yang Maha Hebat, yang Maha Kuat, hanya Dia. Hanya Dia."
terang Faiz.
"Akh, ana kalah dalam perjuangan antara nafsu dan iman"
balas Afiq sayu.
"Enta, enta belum kalah. Enta bangkit dari kekalahan
demi mempertahankan iman enta. Allah tiupkan rasa itu dalam hati enta.
Syukurlah. Sabarlah. Bertabahlah!" Faiz memberi semangat.
"Tapi, apa ana kena buat sekarang? Tinggalkan dia? Ana
dah beri harapan pada dia. Ana buntu." pilu hati Afiq.
"Enta, setiap apa yang berlaku dalam hidup kita dah
tertulis lama di Luh Mahfuz. Ia pasti terjadi jika ini takdirNya. Allah dah
berfirman dalam surah Al-Hadid,
"Setiap bencana yang menimpa di bumi
dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Luh
Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah."
[Al-Hadid: 22]
See, Allah dah atur lama dah perjalanan hidup kita.
Allah dah beri jalan, kitalah yang mencorakkannya. Fikirkanlah yang terbaik
buat diri enta dan si dia." nasihat Faiz jujur.
"Insya' Allah ana cuba. Tapi tak kuat. Doakan ana akh."
pinta Afiq.
"Allah pasti mudahkan. Syurga itu mahal maharnya.
Lebih mahal dari mahar enta untuk si dia. Hehe. Gurau. Ingatlah janji Allah,
lakukanlah demi Dia.
"Segala puji tertentu bagi Allah,
Yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan Kami
Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan Yang sebaik-baiknya (kepada
orang-orang Yang taat)". [Fatir: 34]
Kuatlah. Allah bersama enta." Faiz
meyakinkan.
Kuatlah demi Dia.
………………………………………………………………..
Assalamualaikum Amni Nadhirah, ana ambil keputusan, ana tinggalkan enti
dalam jagaan Allah. Biarlah kita sama-sama memperbaiki diri sehingga tiba saat
yang pasti. Ana tak mahu kita jauh dari Allah.
Wahai insan yang mengeluhkan kerinduan yang tak bertepi, bersabarlah,
kau pasti akan bertemu dengan yang kau rindu kelak. Pertemuan itu adalah hal
yang pasti, maka sabarkan dirimu. Syahdukan dirimu dalam merindu, Dia pun juga
merinduimu.
Andaikan cintamu, cinta yang sebenarnya,
Tentu engkau akan selalu taat kepada DiriNya,
Sesungguhnya orang yang mencintai,
Akan selalu setia dan taat kepada Kekasih-Nya.
Ana tahu, enti wanita solehah. Ujian hati ini ujian besar buat kita.
Enti istiqamahlah atas jalan pilihan Allah ini.
Pasti yang terbaik akan hadir buat enti.
Inilah hadiah buat Enti.
Fi Hifzillah,
Afiq Haziqi.
10 mac 2013
Yang tertulis itulah yang terbaik dariNya
…………………………………………………………………………
Takdir Allah tak
terduga.
Perkara ajaib bakal
muncul.
Nanti.
Pasti.
Siapa tahu?
Hanya Dia tahu.
Hanya Dia.
Teruslah percaya.
:')
==================================
Rujukan:
Al-Quran
Kisah Cinta dalam
Al-Quran karya Misbah Em Majidiy
No comments:
Post a Comment