Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis untuk melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Oleh sebab itu, usah dipertontonkan aurat dan perhiasan kepada umum secara percuma , jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya....... Dan tolong beritahu wanita itu....
Beritahu pada perempuan itu dirinya ibarat kaca..di sentuh terguris, di hantuk serpih, di hempap berkecai..
Beritahu pada perempuan itu jaga tingkah laku. Jaga pakaian. Harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan di hukum selamanya, keturunan dicerca payah..di mana & dalam keadaan macam mana pun, biar org kenal...Dia seorang muslimah.. muslimah ISLAM...
Beritahu pada perempuan itu simpan secebis malu kerana malu itu, sebahagian daripada iman..saya akui...wanita itu walau nampak teguh dirinya, nampak tabah jiwanya..namun hatinya amat mudah tersentuh...
Wanita itu memang suka memendam, tapi hanya Allah lah tempatnya mengadu dalam setiap sujudnya....Maka, berbahagialah menjadi wanita yang dicintai Allah! SubhanaAllah... :))
~will be off to Johor for 3 month..doakan perjalanan balik saya nanti... Assalamualaikum..~
No comments:
Post a Comment