Sunday, 12 February 2012

Segalanya telah tertulis....


Assalamualaikum my little khalifah.....

     Tatkala hati dah tenang sikit, rasa itu datang lagi...I know, bukan mudah...bukan mudah nak buang rasa tu.. Hati kena kuat. Hati kena tabah...tapi kadang-kadang hati ni masih kalah. Sungguh, hati ini menangis lagi... tapi,  ketika kita disapa ujian, sebenarnya Allah sedang mengajar kita tentang kehidupan....kehidupan yang sentiasa menagih pengorbanan.
     Sungguh, mengenalinya mengajarku erti sabar dan redha. yup, perlu juga sedar bahawa dalam kita merancang sesuatu untuk hidup kita, Allah lebih dulu merancang untuk kita... Sudah tertulis di Luh Mahfuz sana takdir hidup kita. Inilah ketentuanNya. Inilah kehendakNya. Moga hati ini tetap kuat dan redha dengan ketentuannya.
Ya Rabb…
Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb… Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku.
Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu Amin Allahumma Amin
kredithttp://akuislam.com/blog/renungan/dalam-hati-siapa-yang-tahu/#ixzz1m8FqYzwh

<jangan sedih, ujian tanda kasih sayang Allah>
moga Allah kasih selalu...:)))

No comments:

Post a Comment