Assalamualaikum
little khalifah..
Lama kita tak ketemu
ya.
Rasa macam banyak
benda nak cerita, tapi..
Tapi lidah kelu tak terungkap bicara.
Moga sentiasa dalam
jagaanNya ya.
Hati..
Bahagian paling sukar difahami.
Bila bibir mngukir
senyum, belum tentu dia bahagia.
Bila air matanya
mengalir tanpa dipaksa, belum tentu dia derita.
Hatinya. Hati itu sukar difahami bahasanya.
Kadang menghegeh mencari ruang.
Menebar rasa yang lama terpendam.
Mencari ruang untuk menyembuh.
Dek luka semalam.
Belum sembuh, barangkali.
Jiwa..
Luka semalam yang
belum terbaiki kau jengah semula.
Perit lagi ya?
Jangan kau simpan
diam-diam dalam dada.
Luahkan.
Luahkan satu-satu
dalam sujudmu yang lama.
Moga jiwa-mu yang
kekeringan membasah semula dalam redhaNya.
Sukar kan.
Memapar senyum.
Membalas tawa.
Saat diri terbenam
dalam duka.
Kau sendiri pernah
rasa kan?
Karena itu.
Kita, jangan
sesekali cemuh hidup orang.
Kita, jangan
sesekali hina hidup orang.
Jatuh bangun dia.
Naik turun dia.
Cuma Allah tahu.
Dia struggle
doplohpatjam sikit pun kita tak pernah tahu.
Kita main aci redah
bising-bising komen pasal dia. Sikit pun tak menambah iman kita.
Berhentilah.
Allah lebih tahu apa
lebih baik untuk hidup dia.
Doakan dia, moganya
malaikat mendoakan kita semula.
Dulu, pernah ada
yang bilang,
"Dalam hidup,
ada masa engkau perlu berkorban. Korban jiwa, korban masa, korban tenaga. Air
mata mungkin mengalir. Hati mungkin terguris. But, this will never be forever.
You wish something better, but He knows something greater. Keep walk. Head up.
Hidup tak lama. Korban sekejap. Senyum, lalui hidup sebaiknya."
Ketahui-lah.
Tiap perasaan yang
kita ada, Allah yang ciptakan.
Maka, tika mana
engkau lelah dengan apa jua perasaan yang ada, bicaralah sama Dia.
Puas. Kau akan puas.
Kerana atas atas
izinNya perasaan ini ter-lahir dan hilang.
Sungguh, Dia pasti
menitipkan kekuatan dari arah yang kau tak sangka-sangka.
Bisik sama hati,
"Tuhan, aku
tahu semua ini tidak sia-sia".
Satu benda kau kena
faham.
Satu benda.
Kita ini, bukan kuat
mana.
Bukan tabah
mana.
Bukan cekal mana.
Tegar, tabah, cekal,
kuat itu Allah yang bagi.
Kalau Tuhan tak bagi
segala jenis kekuatan tu, nak bukak mata pun kau tak larat.
Ingat Tuhan. Cari
Tuhan.
Lalu, saat kau pasrah dan putus-kan,
"Malas nak fikir. Let the time
decide. Betul ke gitu kak? "
"Sayang, masa
tak pernah menentukan apa-apa. Allah yang atur. Dengan izin-Nya. Tentang apa
jua. Cuma masa itu memberi peluang utk kita
usaha, doa, dan memperbaiki diri. Masa itulah yang Allah peruntukkan buat kita merawat hati."
Moga nanti kan kau fahami.
Hikmah-hikmah yang ter-alir.
Moga jatuh bangun kita ini nanti kan men-senyumkan
kita di ;
Syurga.
"Dan aku belum
pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu, ya Tuhanku" [Maryam:4]
………………
Kekal tegar ya,
Moga
Allah menjaga.
|diebasaihen,
190314|